Hiburan

Sering Nyanyi Lagu 'Masing-Masing', Bella Astillah Tampil Mohon Maaf - "Ada Yang Kata Sudah Muak & Tak Mahu Dengar..."

Khairil Khusyairi
09/10/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Sering Nyanyi Lagu 'Masing-Masing', Bella Astillah Tampil Mohon Maaf - "Ada Yang Kata Sudah Muak & Tak Mahu Dengar..."
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memohon maaf sekiranya ada segelintir pihak yang berasa kurang senang apabila sering mendengar dia menyanyikan lagu Masing Masing nyanyian penyanyi Ernie Zakri.

Hanya Ikut Permintaan Penganjur

Menurut Bella, dia juga hanya memenuhi permintaan penganjur yang mahu lagu tersebut dinyanyikan.
Malah, Bella juga memaklumkan Ernie Zakri tiada masalah dengan keputusannya itu.

“Saya ambil kesempatan untuk minta maaf pada semua terutamanya mengenai lagu Masing Masing, ada yang berkata sudah muak dan tak mahu dengar.

“Saya minta maaf, sebenarnya bila saya diundang, penganjur sendiri minta lagu itu jadi saya tak boleh tolak.

“Saya juga ada bercakap dengan Ernie Zakri, dia juga tiada masalah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Anggap Rezeki Keluarga

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia menganggap perkara tersebut adaah rezeki buat keluarga kecilnya.
“Saya pun sedih bila orang sudah penat dengar, sebenarnya kalau anda sedih, saya lagi sedih. Ia bukan lagu saya, tapi bila ada permintaan saya hanya menyanyi.

“Itulah rezeki saya dan anak. Takkan saya nak tolak rezeki. Saya minta maaf sangat.

“Akhirnya saya ada lagu saya sendiri,” ujarnya.

Vokal Dikritik Netizen

Mengulas mengenai kualiti vokalnya yang sering menjadi perbualan netizen, Bella mengakui sering mengikuti kelas vokal demi memantapkan lagi nyanyiannya.

“Berkenaan vokal pula, saya belajar vokal dan menyanyi dari kecil sehingga sekarang masih belajar. Saya tidak akan pernah berhenti belajar.

“Saya belajar vokal dengan ayah sendiri, cikgu Syafi dan cikgu Dally. Saya minta maaf kalau vokal saya tak berapa sedap,” jelasnya.
Terdahulu, Bella Astillah muncul dengan lagu dan muzik video baharu berjudul Tapi Bukan Denganmu yang berkisarkan kisah dicurangi dalam rumah tangga.
Malah Bella mengakui sebahagian daripada plot dan lirik lagu tersebut diambil daripada pengalaman hitam yang pernah dilaluinya.
Tapi Bukan Denganmu adalah ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik ditulis sendiri oleh Bella.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘Harley Quinn’ Dalam Muzik Video Bella Astillah, Sarah Yasmine: “Yes, I Was Harley In His Phone”

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Nafi Tumpang Populariti Bella Astillah - “Saya Tak Pernah Hubungi Bella Untuk Minta Job”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Tiada Mesej Tanya Soal Anak-Anak, Bella Astillah: “Saya Rasa Lebih Baik Begini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024