Hiburan
Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sharnaaz mendoakan agar anaknya menjadi seorang yang baik dan berharap dirinya sentiasa berada di sisi Jebat hingga akhir hayat.
“Happy birthday sayang baba. Hey boy, macam semalam rasanya baba dukung cek.. You are getting bigger and smarter day by day.
“Baba also getting older as you are getting wiser. You are my everything sayang ba. Everyday I woke up, I dedicate my life to you and to become a better father day in day out. Kalau ada kurang, i'll do better in time.
“Baba nak cek besaq jadi anak yg bijak, hormat org tua dan sentiasa percaya yg you can be whatever you want to be. If you put your heart into it. By next year boi dah boleh baca message ni and I hope you will always be by my side till my last day here.
“Baba sayang cek tau. Happy birthday my little man. Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad”, tulisnya.
Netizen
Sementara itu, ruangan komen hantaran tersebut dihujani dengan ucapan dan doa netizen.
Antara komen yang diberikan adalah:
“Happy birthday baby jayden & baba dia Jayden anak baik yang soleh dunia akhirat dengan mummy dia sendiri kita doakan semoga dipermudahkan urusan yang sihat dilindungi Allah S.W.T”
“Happy birthday baby Jayden dan Sharnaaz. Barakallah Fii Umrik , Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat”
“Happy birthday Baba and baby. Moga keduanya dalam rahmat Allah sentiasa. Amin”,
Untuk info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada tahun April 2017.
BERITA TRENDING: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”
BERITA TRENDING: “12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad
BERITA TRENDING: Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”
BERITA TRENDING: “Kalau Dah Namanya Lelaki Ni…” - Sharnaaz Ahmad
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.
Bagaimanapun, Sharnaaz dan Nabila telah bercerai pada tahun 2020.