Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Suami Mahu Hubungan Intim Hari-Hari, Suraya Penat... Jadi Mangsa Sepak Terajang! - "Benda Tu Punca ..."

Asyikin Mayudin 20/09/2023 | 13:55 MYT

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya berkongsi pengalaman dia pernah berkahwin dengan lelaki yang ketagih mengambil steroid dan ubat kuat tidak diiktiraf.

Menerusi video di TikTok Gang Tak Takut Bini Club, wanita itu mendedahkan pengambilan steroid itu membuatkan bekas suaminya menjadi lebih ghairah nak setiap hari mahu melakukan hubungan intim.

Berita Trending:

Mengandung Tanpa Hubungan Kelamin, Wanita Ini Dakwa Ada Suara Angin Memasuki Rahim?

“Masa mula kahwin bahagia la, lepas dapat anak kedua rumah tangga kitaorang jadi renggang, berjauhan. Tahun 2018 kami bercerai dan salah satu punca disebabkan dia hari-hari nak.

“Sebab aku ini tak larat, kalau seminggu dua tiga kali aku okay lagi. Ini hari-hari, sehari itu dalam tiga, empat kali dia nak. Kadang-kadang aku balik kerja, dia nak aku penat.

Berita Trending: Isteri Puaskan Nafsu Dengan Lelaki Lain Sebab Tak Dapat ...

“Esok nak kerja pagi lagi, dia memaksa aku… tapi aku tak larat. Dia boleh jadi ‘horn*’ sebab dia ambil steroid. Benda itu punca juga kuat nafsu kan,” dedahnya.

Wanita berusia 29 tahun itu juga memberitahu bekas suaminya juga menjadi panas baran dan sanggup memukulnya dengan sangat teruk hanya disebabkan tidak dapat apa yang dimahukan.

Berita Trending: TERBONGKAR - Demi Seks, Wujud Group Tukar Pasangan Suami Isteri, Suka Sama Suka

“Bukan setakat steroid, tapi macam-macam ubat dia ambil. Kadang ada satu tahap itu bila aku memang betul-betul tak nak, dia paksa aku sampai menangis.

“Bila aku tak bagi, dia akan naik tangan. Dia sepak, terajang aku memang nyawa nyawa ikan dia buat aku. Sampai tahap itu sekali kalau tak dapat benda yang dia nak.

Berita Trending: Elak Jadi Mangsa Gangguan SEKSUAL, Sejauh Mana ...

“Kalau tak dapat bagi apa dia nak, macam hubungan intim itu la dia akan terajang… dia paksa. Kadang-kadang aku terfikir kenapa dia jadi macam itu. Benda ini aku tak kisah pun, dah suami isteri memang tanggungjawab.

“Tapi tak boleh la pakai ubat steroid ke, ubat yang tak diiktiraf, benda itu boleh memudaratkan. Banyak cara lain, ada saja ubat diiktiraf tapi kenapa dia ambil macam itu,” katanya.

Berita Trending: Nak Rasa Diri Lebih Muda? Ini Antara Tips Mudah Yang Boleh Dilakukan

Wanita itu turut mendakwa steroid itu juga membuatkan bekas suaminya akan menjadi panas baran dan mudah mengamuk.

Berita Trending: Jodoh Dengan Suami Bekas Gay – Bahagia? Kalau Dia Boleh Berubah...

#Suami #Isteri #Bekas Suami #Hubungan Intim #Steroid ubat
;