• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
HIBURAN
Fasha Sandha Sarung Balik Baju Tunang 7 Tahun Lepas, Terima Anugerah Pingat Jasa Baik
VIRAL
Kanak-Kanak Pelarian Iran Cedera Parah Dihempas Lelaki Di Lapangan Terbang, Suspek; "Saya Berada Dalam Pengaruh ..."
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Sudah Berhasrat Untuk Kahwin, Azira Shafinaz Nafi Jalin Cinta Dengan...

Asraf Aided
Asraf Aided
09/04/2021
02:24 MYT
Sponsor Banner
Sudah Berhasrat Untuk Kahwin, Azira Shafinaz Nafi Jalin Cinta Dengan...
Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz sudah mula terfikir tentang perkahwinan sejak memasuki usia 30 tahun.
Menurut Azira, meskipun sudah memiliki hasrat bergelar isteri, namun dia merasakan rezeki kearah itu belum sampai.
"Saya sudah memasuki usia 30 tahun dan seperti wanita lain, semestinya saya memiliki hasrat untuk berumah tangga.
"Cuma buat masa ini, mungkin rezeki ke arah itu belum sampai untuk saya.
"Saya pun tak tahulah ada jodoh atau tidak, kita nantikan tarikh perkahwinan saya, nanti saya akan beritahu," katanya berseloroh.
Azira berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program TV baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azira juga menafikan mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bernama Haniff Jamalullail yang kelihatan bergambar bersamanya di Instagram Story baru-baru ini.
Dalam foto berkenaan, Azira dan Haniff kelihatan memakai persalinan seperti menghadiri sebuah majlis.
Menurut anggota De Fam ini, hubungannya bersama Haniff tidak lebih daripada seorang rakan rapat yang sudah lama dikenali.
"Haniff adalah seorang kawan rapat yang sudah lama saya kenali, malah saya dan rakan-rakan lain memanggilnya Baby.
"Kalau bab emoji ada bentuk hati dalam perkongsian itu, saya memang begitu, kalau siapa yang mengenali saya, mereka tahu saya mesra, apapun, kami berdua hanyalah kawan," katanya lagi.
Bagaimanapun, pelakon filem Penunggang Agama ini tidak mengatakan dirinya memegang status wanita bujang.
Menerusi laporan Gempak pada 2 Ogos 2020, Azira menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki yang juga ahli perniagaan, Yaseer Khan.
BACA: Azira Shafinaz Simpan Hasrat Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat
Related Topics
#Kahwin
#De Fam
#Teman Lelaki
#Azira Shafinaz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement