Berita

Suspek Culik Albertine Leo Didakwa Miliki Bantal Kanak-Kanak Bogel, Alat Sulit Wanita Palsu

Gempak
08/08/2024
05:49 MYT
Sponsor Banner
Suspek Culik Albertine Leo Didakwa Miliki Bantal Kanak-Kanak Bogel, Alat Sulit Wanita Palsu
Penganggur yang tidak mengaku bersalah menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kulai, di sini, pada Khamis.

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh, Leang Win Son, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki bantal panjang anime kanak-kanak perempuan berbogel dan alat sulit wanita palsu, 24 Julai lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.
BERITA TRENDING: Polis Siasat Motif Penculikan Albertine Leo Mungkin Berunsurkan Pedofilia
BERITA TRENDING: Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia, Didakwa 15 Pertuduhan Hari Ini
BERITA TRENDING: Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan S*ksual Kanak-Kanak… Polis Tangkap Semula Suspek Culik Albertine Leo
BERITA TRENDING: Suspek Penculik Albertine Sambung Reman Enam Hari Lagi
Berita lanjut bakal menyusul
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar