Hiburan
Syura Badron Syukur Luka Dibahagian Muka Suami Akibat Letupan Gas Memasak Sudah Pulih Sepenuhnya - “Finally Dapat Tengok Muka Dia Lagi”
Penyanyi Syura Badron berkongsi keadaan terkini suaminya, Muhamamd Farizat yang dimasukkan ke hospital akibat mengalami melecur teruk.
Luka Dah Pulih Sepenuhnya
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syura memaklumkan keadaan suaminya yang semakin pulih selepas melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas masak bulan lalu.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ego itu turut meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila luka di bahagian muka suaminya itu sudah pulih sepenuhnya.
“Hero saya nampak berseri-seri harini .. Luka dekat muka dah heal sepenuhnya ! Happy nyaaa.
“Terima kasih ya Allah, finally dapat tengok muka dia lagi.. sumpah rindu tau tak! Alhamdulillah,” kongsinya teruja.
Terdahulu kejadian letupan gas memasak tersebut berlaku ketika Syura dan suami menginap di sebuah rumah di Perlis, Jumaat lalu.
Susulan itu, Farizat dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan kini masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Dapat Rasa Setiap Kali Kulit Disiat” - Syura Badron Kongsi Kronologi Insiden Gas Meletup, Suami Masih ‘Relax’ Lepas Melecur Teruk
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sanggup Lihat Suami Derita, Syura Sebak Suami Masih Fikir Soal Rezeki - “Beruntungnya Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Gas Memasak Meletup, Syura Kongsi Keadaan Suami Berbalut Wajah & Lengan - “Kita Akan Lalui Perkara Ini Bersama…”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura Badron Dimasukkan Ke Hospital Akibat Melecur Teruk, Gas Memasak Meletup - “Dalam Menahan Sakit Awak Masih Lagi Mampu…”
Must-Watch Video