Hiburan
"Tak Penat Ker Jadi Jahat?" - Didi Astillah Bengang Ruhainies Masih Kaitkan Kakaknya Rancang Konspirasi Perangkap Khalwat
Penyanyi Didi Astillah tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon sensasi Ruhainies terhadap kakaknya, Bella Astillah.
Jelas Didi menerusi hantaran di Instagram Stories, kakaknya tidak terlibat sama sekali untuk merancang kes khalwat membabitkan bekas abang iparnya itu.
"Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat Didi terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal 'orang tak tahu perkara sebenar sampai sekarang pun tak tahu'.
"Tak habis-habis main sentimen tu, meh saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama lepas tu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah. Ha betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya.
"Allah hantar seorang untuk reveal perancangan jahat you. Sebab you tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan.
"Barulah nampak perangan you macam mana dan betapa hitamnya hati nak kenakan my sister itu ini Jangan bayar kereta sampai 6 bulanlah, apa lah. Kes lama pun sanggup dikorek asalkan nak nama kakak saya buruk sekali," tulis Didi.
BERITA TRENDING: "Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid" - Bella Astillah
BERITA TRENDING: “Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah
BERITA TRENDING: Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Pada Jawi - “Doakan Yang Baik-Baik, Semoga Selesai”
Rancang konspirasi?
Dalam video terbabit, Ruhainies bercerita mengenai dugaan yang dilaluinya sepanjang tahun 2024."Saya bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki Allah tahun ini. Dugaan itu tandanya Allah sayang. Saya belajar sesuatu baru dan akan lebih berhati-hati pada tahun seterusnya.
"Saya tak boleh simpan dalam hati, setiap orang ada pandangan masing-masing dan tak tahu pun perkara sebenar. Sampai sekarang pun tak tahu.
"Saya bukan nak panjangkan isu, sebab benda pun dah basi. Kita nak mulakan hidup baru, yang lepas biar berlalu. Masa akan datang, kebenaran akan terbongkar. Kita letak tepilah konspirasi, sebab Allah itu tahu. Saya tak nak ada dendam-dendam," kata Ruhainies dalam video temubual berkenaan.
BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”
BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”
BERITA TRENDING: "Kalau Suami Hilang, Cari Rumah Kawan" - Bella Astillah
"Stop sebar fitnah konon kakak saya perangkaplah"
Disebabkan video berkenaan, Didi kenyataan dakwaan Ruhainies yang disifatkan bermain dengan sentimen meraih simpati sekali gus menegaskan kakaknya (Bella) tidak terbabit dengan dakwaan memerangkap kes khalwat."Oh, lagi satu tolong stop menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkaplah, saya tahu awak ada DM artis dalam industri kita ni yang bergelar 'Dato'', untuk mengutuk dan fitnah kakak saya cakap kakak saya rancanglah semua ni. Eee gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak. Ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?
"Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi 5 tahun cuba fikir? Kaki DVD betullah awak ni. Lepas tu jumpa beberapa orang artis dan founder kilang apa semua untuk bercerita hal ini. Dah macam budak sekolah nak cari orang untuk take side aiyo.
"Tapi macam tulah orang salah tak tenteram sibuk nak beritahu orang walau orang tak tanya. Sebab apa? Sebab salah dek. Hello kenapa tak move on lagi ya?
"Siapa yang bercerai ni awak ke kakak saya? Kita kalau nak panjangkan lagi boleh je tapi come on, dah nak masuk 2025 tak penat ke jadi jahat?" tambahnya.
Didi turut mencabar Ruhainies untuk mengemukakan saman sekiranya apa yang diperkatakan Bella sebelum ini bersifat fitnah.
"Pada saat kakak saya buat posting dengan meletakkan nama awak di sosial media dia kerana awak berjaya meruntuhkan rumah tangga dia dengan kes khalwat tu, kenapa tak saman je dia masa tu? Berani kerana benar.
"Tapi ada hikmah kes khalwat terjadi kalau tak, mungkin ada kemaafan yang ke-12 terjadi," ulasnya.
Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi topik bualan hangat apabila didakwa terbabit dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu.
Bella juga telah memfailkan cerai terhadap bekas suaminya dan berpisah secara rasmi pada 13 Jun 2024.
Must-Watch Video