Filem
"Terpaksa Pakai Contact Lens, Bulu Mata & Kuku Palsu ..." - Han Zalini Kongsi Pengalaman Bawa Watak Girlboy
Filem Saka Nan Sepi yang menampilkan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron dan Sherry Alhadad terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.
Namun, mesti ada yang tertanya-tanya siapa individu di sebalik watak Saka Girlboy kan?
Di sini, Gempak kongsikan latar belakang dan pengalaman menjadi Girlboy:
1. Watak Saka Girlboy dipegang oleh Han Zalini
2. Berumur 29 tahun
3. Mula aktif dalam industri seni sejak tahun 2014 dengan sebuah telemovie
4. Untuk lebih mendalami watak Girlboy, Han memasak di rumah sebelum masuk ke set penggambaran
5. Muat turun aplikasi Morse Code untuk pertuturan Girlboy
6. Terpaksa bertahan dengan memakai kostum selama 13 jam
7. Kali pertama pakai contact lens dan bulu mata palsu
8. Hanya makan dua kali sehari disebabkan kuku palsu
9. Mengalami kecederaan di bahagian siku akibat terkena bucu meja
10. Han memilih untuk menyendiri di set penggambaran bagi menimbulkan rasa kesepian
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.
Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).
Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
BACA: "Setengah Jam Tengok Aku Gelak Ja" - Penuh Babak Kelakar, Penonton Suka Layan Filem Saka Nan Sepi