Viral

Tikam Mati Kawan 15 Kali Gaduh Persoalan ‘Ayam Atau Telur Keluar Dulu’

Maliah Surip
31/07/2024
02:30 MYT
Sponsor Banner
Tikam Mati Kawan 15 Kali Gaduh Persoalan ‘Ayam Atau Telur Keluar Dulu’
Seorang warga Indonesia menikam rakannya sehingga mati selepas bertengkar mengenai persoalan yang juga menjadi gurauan klasik sepanjang zaman.

BERITA TRENDING: Haram Makan Daging Ayam Busuk?

Suspek yang dikenali sebagai DR menikam Kadir Markus, 47, selepas mereka berbalah tentang ‘antara ayam dan telur, mana keluar dulu?’
Gagal menahan kemarahan, DR dilaporkan menikam rakannya itu sebanyak 15 kali sehingga mati selepas bertengkar mengenai persoalan tersebut di Sulawesi pada 24 Julai lalu.
DR didakwa datang bertemu mangsa untuk membayar hutang sebelum mabuk dan mula bertengkar.
Kadir kemudian meninggalkan tempat mereka bertengkar sebelum DR mengejarnya dengan motosikal dan menikam rakannya dengan badik beberapa kali.
Akibat tikaman tersebut, Kadir meninggal dunia.
Suspek kini ditahan pihak berkuasa dan berdepan hukuman 18 tahun penjara, lapor The Independent.

BERITA TRENDING: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

BERITA TRENDING: Sangka Pemuda Kurang Siuman Potong Ayam, Warga Kampung Lari Nampak Daging Manusia Dikerat

BERITA TRENDING: Peniaga Ayam Goreng Didakwa Mirip Lisa BLACKPINK, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gadis Ini!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar