Viral
Sangka Pemuda Kurang Siuman Potong Ayam, Warga Kampung Lari Nampak Daging Manusia Dikerat
Penduduk di sebuah kampung di Garut, Indonesia digemparkan dengan insiden sadis seorang lelaki kurang siuman membunuh dan memotong bahagian badan rakannya yang juga tidak waras.
Lebih menyayat hati, kedua-dua orang kurang siuman yang dikenali penduduk kampung itu mengaku mereka bersahabat baik dan sering dilihat bersama.
Malah suspek yang dikenali sebagai Erus dan mangsa dikatakan sempat ‘bermain’ sebelum kejadian ngeri itu berlaku.
Menurut seorang penduduk kampung yang menjadi saksi jenayah tersebut, Nining, dia melihat Erus berada di tepi jalan saat memotong bahagian badan mangsa di tepi jalan.
Tidak mengesyaki dia sedang memotong badan sahabatnya, Nining menghampiri Erus.
Dia menyangka Erus sedang memotong ayam. Namun setelah dekat, ternyata objek yang dipotong adalah badan manusia.
"Sempat lihat orang itu memotong daging di pinggir jalan, saya ingat potong daging ayam.
“Tapi Ya Allah saya terkejut kerana ternyata ia daging manusia. Ada kepalanya juga bersama. Saya lari,” ujar Nining seperti dilaporkan tribunnews.com.
Penduduk kampung lainnya mendakwa Erus memasukkan tangan dan kaki mangsa ke dalam guni manakala bahagian dada dan yang lainnya ada di tepi jalan.
Suspek sudah ditahan pihak polis selepas menerima laporan dan dihantar bertemu pakar psikiatri kerana sukar berkomunikasi dan dipercayai tidak berada dalam keadaan waras.
Namun foto Erus yang tersenyum di sebalik tirai besi menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
BERITA TRENDING: Kerat 10 Anggota, Isi Dalam Besen, Lelaki Serah Diri Lepas Dakwa Isteri Menjelma Jadi Hantu
BERITA TRENDING: Influencer Lelaki Kerap Pamer Kemewahan Ditemui Mati Dengan Tubuh Dipotong-Potong
BERITA TRENDING: Misteri Kehilangan Taikun Hartanah Terungkap, Badan Dikerat Gergaji & Disumbat Dalam Peti Sejuk
BERITA TRENDING: Pemuda Kerat Zakar Sendiri, Simpan Dalam Balang
Must-Watch Video