Laman Utama
Trending Jumaat: Elisya Sandha Dah Ada Nama Anak, Kim Kardashian Sanggup Makan Najis? & Charlie Puth Buat Pengakuan Aneh
Jumaat pun dah melabuhkan tirai, jom kita recap balik artikel-artikel menarik sepanjang hari ini:
#1. Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan bakal suami telah pun menentukan nama bagi bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.
#2. Bintang realiti dan usahawan popular, Kim Kardashian bergurau sanggup makan najis jika ia mampu memberikan kesan awet muda.
#3. Penyanyi popular, Charlie Puth mendedahkan yang dia pernah beronani sambil mendengar lagu This Love dendangan kumpulan Maroon 5.
BACA: Berani Mati! Charlie Puth Akui Pernah Beronani Sambil Dengar Lagu Maroon 5, Reaksi Adam Levine…
#4. Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh cukup terkesan dengan pemergian remaja lelaki berusia 19 tahun yang mayatnya ditemui bersama seorang lagi rakannya dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada Ahad lalu.
BACA: Tular Penemuan Mayat 2 Remaja, Noh Salleh Akui Baru Jumpa Sebulan Lalu- “Sewaktu Pengebumiannya…”
#5. Netizen mempersoalkan adakah dakwaan isteri penyanyi rap Caprice, Farra Innalis yang didakwa terkena sihir benar selepas melihat wanita itu berjoget sakan di TikTok.