Hiburan

Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"

Gempak
06/08/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui hubungan persahabatannya bersama usahawan dan pempengaruh Lydia Rosli masih akrab.

Masih berhubung

Biarpun kecoh baru-baru ini dengan luahan cinta tidak berbalas kakak kepada Kak KM itu, Tyzo mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.
Bagi Tyzo, cukuplah dirinya tahu apa yang berlaku dan ingin persahabatan mereka berdua tidak runtuh.
BERITA TRENDING: Lydia Menangis Terlalu Cintakan Tyzo, Pernah Luah Perasaan Mahu Berkahwin - "Dah 10 Tahun Saya Tak Berkawan Dengan Mana-Mana Lelaki"
BERITA TRENDING: Baru Hilang Ibu Tersayang, Kesedihan Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Share Rezeki Ramadan - "Moga Dapat Beri Pahala Buat Arwah..."
"Masih berhubung. Lydia orangnya yang saya kenal memang baik dan terbuka. Saya juga kenal keluarga Lydia hampir dua tahun.
"Biarlah saya tidak mahu bercakap panjang kerana banyak hati dan perasaan orang yang perlu saya jaga," katanya kepada Gempak.
Jelas empunya nama penuh Tuah Iskandar itu lagi, segala kenyataan yang viral sebelum ini bukan satu gimik!

"Itu bukan gimik sebab itulah saya terperanjat dengan kenyataan Lydia. Tapi saya faham dia wanita yang terbuka dan baik," tambahnya.

BERITA TRENDING: Rezeki Mencurah, Tyzo Xander Dapat Tawaran Empat Stesen Radio
BERITA TRENDING: Tyzo Xander Pernah Diraba Dalam Kereta? - "Benda Tak Sengaja..."
Terdahulu, Tyzo dan Lydia menjadi bualan hadir bersama pada majlis sambutan ulang tahun kedua pasaraya ST Rosyam Mart milik pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor di Sungai Buloh, Selangor.
Lydia atau nama sebenarnya, Nor Lydia Rosli mengakui ada menyimpan perasaan cinta yang menebal terhadap Tyzo dan berhasrat ingin berkahwin dengan lelaki kelahiran Perak itu, tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar