UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Umairah Nyaris Tak Sertai WCOPA Gara-Gara Kos Belanja Cecah RM80,000, Siti Nurhaliza Bantu Beri Dana - “Kami Dah Batalkan…”

Khairil Khusyairi 22/01/2025 | 00:50 MYT
Penyanyi remaja, Ummi Umairah, berterima kasih kepada ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana telah menyuntik dana bagi membolehkannya terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Jun tahun lalu.

Siti Bantu Tampung Kos

Menurut ibunya, Siti Sairah Tarudin berkata, penyertaan anaknya itu sudah dibatalkan berikutan kos yang tinggi sehingga mencecah RM80,000.

Namun, tiga minggu sebelum pertandingan berlangsung, kakaknya, Siti, telah membantu mencukupkan dana bagi membolekan Umairah ke pertandingan yang diwakili 30 buah negara itu.

“Sebenarnya, kami sudah pun menghubungi penganjur untuk membatalkan penyertaan dalam pertandingan itu berikutan kos termasuk penginapan, penerbangan dan perbelanjaan lain mencecah puluhan ribu ringgit.

“Tetapi kami tidak maklumkan kepada Siti sebaliknya berusaha dulu cari sumber kewangan. Cuma malangnya, dana yang kami berjaya kumpulkan terlalu sedikit.

“Jadi, apabila Siti tahu, dia terus meminta Umairah jangan patah semangat. Bukan hanya beri sokongan moral dia juga mencukupkan kos yang boleh dikatakan agak besar jumlahnya itu.

“Kami sangat terhutang budi dan terharu kerana dengan pertolongannya Umairah dapat mengharumkan negara,” katanya kepada Gempak.

Sairah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Kontrak Umairah Sebagai Artis Di Bawah Naungan Syarikat Siti Nurhaliza Legacy Sdn Bhd (SNL) pada Isnin.

Umai Takkan Sia-Sia Peluang

Bagi Umairah, dia berbangga apabila berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia khususnya ibu saudaranya.

Malah, Umairah berjanji tidak akan mensia-siakan peluang terbaik yang diberikan kini.
“Saya tahu diri ini membawa amanah banyak pihak walaupun calon lain pernah memasuki pertandingan lebih besar termasuk America’s Got Talent (AGT) tetapi saya tidak gentar.

“Pemilihan sebagai srtis pertama SNL juga merupakan satu impian saya sejak kecil kerana saya dibesarkan dengan lagu-lagu Siti sejak dari dahulu lagi.

“Justeru, ini merupakan peluang yang juga tidak akan saya sia-siakan selain akan terus menimba ilmu daripada pengalaman Mak Iti dan menerusi pengurusan SNL secara amnya,”katanya.

Untuk rekod, pertandingan yang berlangsung di California itu menobatkan Umairah sebagai juara dalam kategori Vokal Junior dan membawa pulang pingat emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Umairah Kini Artis Naungan SN Legacy, Siti Nurhaliza Anggap Sebagai Penyambung Legasi Keluarga - “Mungkin Lebih Baik Dari Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”

#Penyanyi #Siti Nurhaliza #Dana #batal #Umairah #Bantu #Bakat #Belanja #Nyanyian #Anak Saudara #WCOPA
;