Viral

Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”

gempak
Mya Amri
28/01/2024
02:51 MYT
Sponsor Banner
Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”
Adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya telah memaksa anaknya, Ummi Umairah untuk menjadi penyanyi.
Sebaliknya kata Sairah, Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai itu menjadi penyanyi atas kehendak dan minatnya sendiri.
“Setiap apa yang Umai lakukan atas minat dan keinginan dia, saya sebagai ibu hanya memberi yang terbaik utk dia,” jelasnya.
Sairah menjelaskan perkara itu menerusi ruangan komen di salah sebuah hantaran video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.
Tambah Sairah lagi, Umai tetap akan melalui proses membesar sama seperti kanak-kanak lain secara berperingkat.
“Semua dalam hidup ni kena belajar dan ada ilmu. Tapi mengikut peringkat dan flow. Ada zaman budak-budak, zaman remaja dan zaman dewasa. Biar Umai lalui sendiri,” tulisnya.
@sitinursairahtarudin permulaan langkah seorang anak seni. #song #soul #song #semakin ♬ Semakin - Siti Sarah
Terdahulu, video dimuat naik Sairah yang merakamkan Umai sedang mengalirkan air mata ketika berlatih dengan guru vokal iaitu Cikgu Shafi menjadi tular.
Disebabkan video itu, ada netizen mendakwa Sairah terlalu memaksa anaknya itu untuk menjadi penyanyi.
“Kadang-kadang kasihan tengok Umai ini, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Apa pun semoga berjaya Umai,” tulis individu berkenaan.
Kredit foto: Eyzad Elfie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live