Hiburan
Umur Lebih 60, ‘Nenek’ Demi Moore Masih Dapat Tawaran Berlakon Bogel
Aktres Demi Moore sudah berusia 62 tahun. Sebagai wanita yang sudah layak dipanggil nenek, warga emas ini masih menerima skrip dan tawaran berlakon yang memerlukan dia tampil tanpa seurat benang.
BERITA TRENDING: Umur Sudah 62, Demi Moore ‘Baru Merasa’ Menang Golden Globes Pertama Kali
Ramai pengarah mahu Moore berbogel dalam babak yang telah disusun.BERITA TRENDING: Golden Globes 2025: Filem The Brutalist Mendominasi! Adrian Brody Dinobat Pelakon Lelaki Terbaik, Moore & Fernanda Torres Antara Yang Bersinar
Namun bintang The Substance ini dikatakan enggan berbogel lagi pada masa akan datang.The Substance adalah filem terakhir yang melihat penampilannya bogel di layar lebar. Moore juga tercalon di Oscar dalam kategori Best Actress in Leading Role menerusi wataknya sebagai Elisabeth Sparkle.
“Banyak skrip yang datang kepada Moore memerlukan dia tampil bogel. Tapi Moore tidak pasti sama ada mahu menerima atau melakonkan babak seperti ini lagi,” ujar satu sumber seperti dilaporkan USWeekly.
Sumber tersebut menambah lagi: “Moore percaya sudah sampai masa yang sesuai untuk mengatakan tidak atau menolak.”
BERITA TRENDING: Rilis Memoar, Demi Moore Klaim Pernah Threesome Atas Permintaan Ashton Kutcher
Laporan sama mendedahkan pada usia lebih 60 tahun, Moore tidak takut mempamerkan tubuhnya kepada umum.“Moore tidak ada masalah untuk berbogel pada usianya lebih 60 tahun tetapi ia mesti dilakukan pada projek yang dia percaya 100 peratus.
“Pada masa yang sama dia juga meragui dirinya untuk melakukan (babak bogel) walaupun dia sangat bangga dengan bentuk tubuhnya,” tambah sumber sama.
BERITA TRENDING: Ibu Suka Lelaki Muda, Anak Jodohkan Demi Moore Dengan Nick Jonas
Must-Watch Video