Viral
Wanita Mengaku Ada ‘Koleksi’ 50 Suami, Teringin Kahwin 100 Kali
Seorang wanita di Indonesia tular di media sosial selepas mengaku mempunyai ‘koleksi’ suami yang ramai, lapor akhbar Tribunnews.
50 masih kurang
Wanita dikenali sebagai Mbah Siti itu berkata, dia mempunyai kira-kira 50 suami tetapi jumlah itu masih kurang dan belum mencapai jumlah yang disasarkannya.
Dia juga mempunyai keinginan untuk berkahwin sebanyak 100 kali.
Menerusi klip video yang dimuat naik di platform Youtube, Mbah Siti berkata, dia terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh bersama suami-suaminya kerana tinggal berjauhan.
Lebih mengejutkan apabila suaminya akan datang jika mereka dipanggil untuk ke rumahnya.
“Saya akan memanggil seramai lima orang, pada setiap minggu,” kata Mbah Siti.
Sementara itu, seorang pengguna laman sosial yang memuat naik video itu di Youtube, Gus Syafaat menjelaskan bahawa perkongsian itu hanyalah konten semata-mata.
Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari
“Video ini dibuat bertujuan untuk konten dan hiburan sahaja. Ia merupakan kejadian yang tidak nyata dan tidak wujud,” kata Gus.
Sumber: Agensi menerusi Harian Metro