Viral

Wanita Sarat Mengandung Mengidam ‘Karipap Kambing’ Penjara Kajang, Tiga Hari Berturut Cuba Nasib - “Pegawai Itu Bawa Saya Jumpa Seorang Sarjan Yang…”

Asyikin Mayudin
17/06/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Sarat Mengandung Mengidam ‘Karipap Kambing’ Penjara Kajang, Tiga Hari Berturut Cuba Nasib - “Pegawai Itu Bawa Saya Jumpa Seorang Sarjan Yang…”
Seorang wanita sarat mengandung berkongsi mengenai dirinya mengidam untuk membeli dan makan karipa kambing yang hanya dijual di Penjara Kajang.

Sukar Nak Dapat

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai @Ashfazieraa berkata sangat sukar untuk mendapatkan karipap tersebut memandangkan ia mendapat permintaan.

“Hari pertama pergi sekitar jam 4 petang tapi pegawai yang jaga pintu masuk penjara cakap kedai yang jual karipap itu sudah tutup.

“Esoknya saya datang lagi pada jam 12 tengahari tetapi kecewa lagi sebab karipap kambing dah habis. Bukan saja karipap kambing, tapi karipap lain pun habis,” kongsinya.

Tak Putus Asa

Tidak berputus asa, wanita itu pergi semula ke Penjara Kajang buat hari ketiga berturut-turut untuk membeli karipap yang diidamkannya itu.
@ashfazieraa Karipap kambing penjara kajang ?@Muhamad Iman ♬ original sound - user93244148287
“Jam 8.50 pagi saya dah sampai tapi masuk je kedai itu, karipap masih belum sampai. Saya kemudiannya pergi ke kafe di penjara untuk nikmati sarapan pagi dan lama menunggu, hampir tiga jam.
“Perut dah ‘cramp’ tapi tak apa, dengan harapan dapat juga karipap itu,” katanya lagi.

Berjaya Dapat

Setelah berjam lamanya menunggu, wanita berkenaan akhirnya berjaya mendapatkan karipap tersebut dengan bantuan seorang pegawai penjara yang terlihat dirinya menunggu lama di kafe makan.
“Pegawai itu bawa saya jumpa seorang sarjan yang boleh tolong dapatkan karipap itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bau Simen & Main Lato-Lato, Isteri Harris Annuar Mengidam Makan Sabun - “Rasanya Fuh Kicking”

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Isteri Mengidam Lamborghini, Sekali Netizen Cakap; “Kau Dalam Pantang Esok Suami Mengidam Wife Baru Pulak!”

“Sarjan itu kata kalau saya tak datang jumpa dia mungkin saya tak dapat beli karipap itu sebab permintaan tinggi sampaikan ke ‘que’ untuk membelinya.
“Alhamdulillah, dapat juga rasa karipap itu. Sedap sangat,” kongsinya dengan gembira.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman ingin membeli karipap tersebut yang sukar untuk didapatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Wanita Hamil Kemaruk Nak Minum Arak, Ustaz Adnin Beri Peringatan - "Mengidam Benda Haram..."

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hamil Mengidam Pegang Pinggang Tentera, Suami Tunaikan Buat Netizen Geram - “Tak Semua Benda Kena Ikut!”

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Wanita Hamil Mengidam Cium Tayar Motosikal Tarik Perhatian Netizen, Ramai Pakat Kongsi Pengalaman 'Pelik-Pelik'!

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Rasa Sabun Sebelum Bersalin, Asha Merican; "Rasa Puas Tu Tak tahu Nak Cakap Macam Mana"

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar