Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

Khairil Khusyairi 11/09/2024 | 00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.

Anggap Macam Anak Sendiri

Menerusi perkongsian di TikTok, Khai Bahar berkongsi video yang memaparkan dia sedang memeluk dan mencium tangan Kartina Aziz.

Difahamkan, video tersebut diambil ketika Khai berada di set penggambaran sebuah drama.
Kata Khai, dia berterima kasih kepada Kartina kerana tidak pernah jemu melayan karenahnya seperti anak sendiri sepanjang mereka bekerja bersama.

“Untuk Mama Kartina, terima kasih melayan Khai macam anak sendiri, Mama sayang Khai macam anak mama sendiri.

“Mama banyak bantu Khai dalam drama ini, Terima Kasih semua,” tulis Khai.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tersentuh dengan perkongsian pelantun lagu Bayang itu.

“Khai sebenarnya rindukan peluk seorang ibu, Ya Allah sedihnya,” tulis netizen.

“Siapa lah yang tak sayang pada Khai ni terutamanya mak-mak,” komen netizen.
“Pelukan seorang ibu, mesti Khai sedih sebab berpisah kan,” komen netizen lain.

Netizen Persoal Hukum

Namun, ada juga yang menganggap tindakan Khai itu kurang sopan gara-gara berpelukan sesama bukan mahram.

“Walau sedalam mana pun rindu pada arwah ibu kita, kita tak boleh menafikan hukum Allah,” tulis netizen.

“Alahai, kena ada batas. Kena faham hukum,” komen netizen lagi.
“Apa hukum peluk macam tu, mak sedara boleh la,” komen netizen lain.

Untuk info, ibu Khai Bahar iaitu Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia pada 2 Januari lalu di Kangar, Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah, Aku Pergi Dengan Kawan-Kawan Baik Aku” - Khai Bahar Jawab Tuduhan Liar Netizen Mengenai Percutiannya

ARTIKEL BERKAITAN: Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Minta Jadi Mami Jarum Live Di TikTok, Kartina Aziz Pula Segan - “Saya Rasa Di Usia Begini Kurang Sesuai”

#pelakon #Penyanyi #Khai Bahar #Netizen #Ibu #Rindu #Peluk #Hukum #Kartina Aziz
;