Viral

Zubir Khan Kerap Terima Soalan Fasal Tangan, Anggap Netizen ‘Tak Perasan’ - “Takkan Nak Sampai Bahu Orang Baru Nak Tahu…”

Asyikin Mayudin
11/06/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Zubir Khan Kerap Terima Soalan Fasal Tangan, Anggap Netizen ‘Tak Perasan’ - “Takkan Nak Sampai Bahu Orang Baru Nak Tahu…”
Penyanyi yang kini sedang meningkat naik menerusi lagu Tamil, Zubir Khan mengakui dia tidak pernah berasa bimbang dengan kecaman atau kritikan apabila menceburi dunia hiburan.

Biasa Dengan Kecaman

Malah Zubir memberitahu dia sudah biasa dengan kecaman yang melibatkan fizikal disebabkan kekurangan dirinya yang tiada tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.

“Saya tak pernah takut tapi biasa kecaman yang saya dapat fasal tangan la. Tak tahu la, kalau TikTok ini bila kamera depan lain, kamera belakang lain. Kadang-kadang tangan kiri jadi tangan kanan.

“Bila macam itu, masih ada lagi yang bertanya la, ‘eh kejap tangan kiri, kejap tangan kanan’. Takkan nak sampai bahu orang baru nak tahu saya tak ada tangan kan.

BERITA TRENDING: “Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex

BERITA TRENDING: Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

“Tapi benda ini saya dah biasa kena dari dulu. Sebab soalan yang selalu saya dapat mesti tanya kenapa tak ada tangan. Bukan semua tapi sesetengah orang, tengok fizikal… tak tengok bakat.
“Saya rasa mereka bukan nak cakap saya tipu (tangan) tapi mungkin mereka macam anggap tak nampak kot. Sebab kadang-kadang ada dalam video tak nampak sangat,” katanya kepada Gempak.

Mula Menyanyi Di Kenduri Kahwin

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam dunia muzik, Zubir berkata dia bermula dengan menyanyi di kenduri kahwin dan dikenali dalam kalangan orang India disebabkan lagu Tamil yang ditulis dan dinyanyikannya sendiri.

“Saya bermula menyanyi pada 2017, bermula dengan menyanyi di kenduri kahwin. Satu hari itu, kawan tegur kata saya boleh menyanyi lagu Tamil dan dia suruh saya belajar lagi.

“Saya rasa banyak perubahan yang berlaku selepas dikenali sebab kalau sebelum ini orang India panggil saya Zubir, bila dah mula dikenali dalam industri orang Melayu, jalan mana-mana orang tegur saya ‘hey Macha’.
“Siap menyanyi lagu saya lagi, itu yang buat saya rasa gembira la… rasa macam benda baharu. Ikutkan peminat saya ramai yang berbangsa India tapi sekarang orang Melayu pun dah kenal,” ujarnya.
Tujuh lagu Tamil nyanyian Zubir yang popular di YouTube dengan mencatat jutaan tontonan ialah Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.

BERITA TRENDING: “Pitih Ni Pitih Betul Ke Dok?” – Peniaga Di Kuala Terengganu Didakwa Tolak Duit Pelanggan Gara-Gara Hal Kecil Ini!

BERITA TRENDING: Akibat Jangkitan Kuman, Tangan & Kaki Pakar Kecantikan Dari Ipoh Ini Terpaksa Dipotong

BERITA TRENDING: Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Kediaman Keluarga Zayn Rayyan Sekali Lagi Jadi Tumpuan

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Siasatan Kes Zayn Rayyan Di Peringkat Akhir?

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Peguam Hantar Permohonan Kali Kedua Jumpa Ibu Bapa Zayn Rayyan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar