Watch

Apa perbezaan AWD dan 4WD, ini jawapannya.

Public Anonymous User
11/07/2018
02:23 MYT
Sponsor Banner
Apa perbezaan AWD dan 4WD, ini jawapannya.
Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara sistem pacuan semua roda (AWD) dan sistem pacuan empat roda (4WD).
Sebenarnya, kedua-duanya sama dari segi fungsinya iaitu untuk memacu semua roda kenderaan.
Apa yang membuatkan ia berbeza adalah AWD atau ‘all-wheel drive’adalah sistem yang menggerakkan keempat-empat tayar sepanjang masa, manakala 4WD pula boleh beroperasi dalam mod 4X4 atau 2X4, di mana hanya roda belakang digerakkan. Dalam kenderaan moden, sistem itu boleh diaktifkan secara elektronik dengan hanya menekan butang.
Pacuan Empat Roda (4WD)
Sistem 4WD biasanya digunakan pada kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kerangka ‘ladder frame’ seperti Toyota Fortuner dan trak pikap seperti Ford Ranger, Nissan Navara dan sebagainya.
Kenderaan terbabit memang direka untuk dipandu di kawasan-kawasan dengan bentuk muka bumi yang ekstrem.
Setiap kenderaan 4WD dilengkapi dengan ‘transfer case’ yang berfungsi untuk membahagikan kuasa dari ‘drive shaft’ ke gandar hadapan dan belakang secara sama rata, sekali gus menyebabkan roda hadapan dan belakang berputar pada kelajuan yang sama.
Ini sangat berguna untuk permukaan tanah atau kerikil, namun tidak sesuai dan boleh mendatangkan kerosakan jika digunakan di atas jalan bertar.
Dalam mod 4X4, ‘transfer case’ mempunyai tetapan ‘high’ untuk pemanduan pada kelajuan lebih tinggi dan ‘low’ untuk pemanduan off-road yang lebih sukar.
Walaupun berguna, sistem 4WD mempunyai juga mempunyai kelemahan dari segi berat dan penjagaan.
Pacuan Semua Roda (AWD)
Tidak seperti kenderaan 4WD, kenderaan AWD seperti Subaru Forester dan Honda CR-V lebih memfokuskan kepada pemanduan di atas permukaan rata tetapi licin seperti jalan berais.
Sistem AWD yang canggih menggunakan sistem pemvektoran tork untuk menyalurkan kuasa ke mana-mana roda yang tergelincir (spin) bagi memastikan ia mendapat cengkaman sekali gus membolehkan kenderaan dipandu dalam keadaan stabil.
Walaupun pada dasarnya ia lebih ringkas berbanding 4WD, sistem AWD menggunakan sensor serta pelbagai alat elektronik yang boleh membuatkan kos pembaikan menjadi tinggi sekiranya berlaku kerosakan.
Kenderaan 4WD dan AWD mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk memilih, anda perlu melihat pada keperluan anda sendiri.
Kegunaan 4WD dan AWD
Jika anda banyak menghabiskan masa ke tapak pembinaan atau ladang, kenderaan 4WD lebih sesuai manakala jika anda hanya memandu di kawasan bandar dan sekali-sekala pergi ke lokasi percutian, kenderaan AWD adalah pilihan yang lebih tepat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024