Artis Korea

YG Nafi Jisoo BLACKPINK Bercinta Dengan Son Heung Min

Mya Amri
11/10/2021
13:42 MYT
Sponsor Banner
YG Nafi Jisoo BLACKPINK Bercinta Dengan Son Heung Min
Agensi naugan BLACKPINK, YG Entertainment menafikan dakwaan Jisoo bercinta dengan pemain bola sepak, Son Heung Min.
YG Entertainment menerusi satu kenyataan menyangkal khabar angin tersebut dan mohon tidak menyebarkan berita palsu.
“Kami ingin menjelaskan bahawa semua khabar angin yang berkaitan dengan Jisoo BLACKPINK tidak benar.
“Kami telah memantau keadaan dengan teliti dari semasa ke semasa. Namun kerana khabar angin itu telah tersebar sehingga di peringkat antarabangsa dan dikhuatiri akan mencemarkan reputasi artis kami, maka kami ingin memberi pencerahan yang sebetulnya.
“Kami mohon agar semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu dan tidak bertanggungjawab,”kata wakilnya.
Bagaimanapun, Son Heung Min masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, Jisoo dan Heung Min mula digosipkan bercinta sejak September 2019 selepas anggota BLACKPINK itu hadir ke perlawanan bola sepak di England dan kedua-duanya dilihat memakai rekaan gelang yang sama.
Baru-baru ini Jisoo dilihat menghadiri Minggu Fesyen Paris sebagai duta kepada jenama Dior sementara Heung Min pula menyambung kerjayanya di Liga Premier bersama Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur.
Nama mereka kemudiannya kembali hangat selepas Jisoo dan Heung Min dilaporkan pulang ke Korea dari Perancis pada hari yang sama
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi , Koreaboo
Kredit foto: Instagram Jisoo, Instagram Son Heung Min
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar