gaya hidup

‘Maternity Photoshoot’ – Abadikan Momen Terindah Semasa Hamil, Tak Ternilai Harganya Di Masa Hadapan.

Huda Hussain
11/03/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
‘Maternity Photoshoot’ – Abadikan Momen Terindah Semasa Hamil, Tak Ternilai Harganya Di Masa Hadapan.
Kalau dulu mungkin ada yang menyifatkan ‘Alah, tak naklah. Perut memboyot, muka, kaki semua bengkak. Mana cantik dalam gambar’. Tetapi kini perubahan fizikal itu tidak lagi menjadi halangan. Bahkan ia memberi kelebihan bagi jurufoto untuk menambah satu lagi skop tugas dalam portfolio mereka. ‘Maternity photoshoot’ kala ini bukan lagi sesuatu yang asing dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang menjadikannya sebagai satu kemestian setiap kali hamil dan semasa menanti saat kelahiran bayi dalam kandungan. Malah bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil, pasti lebih teruja merasainya. Bagaikan momen itu cukup eksklusif dan ‘intimate’.
Kredit Foto: Google
Bukan Selalu Mengandung Pun Dan untuk mengabadikan kenangan semasa hamil, pastinya melakukan sesi fotografi antara pilihan terbaik sebagai mencipta memori di masa hadapan. Apabila anak sudah berupaya untuk memahami, bolehlah ditunjukkan seleksi gambar bahawa dialah yang berada dalam perut ibu selama sembilan bulan. Dek kerana setiap kehamilan itu berbeza ujian dan perubahannya, pastinya ia memberi suatu pengalaman yang amat bermakna.
Kredit Foto: Google
Media Sosial Kan Ada! Rujuk saja di media sosial, terdapat pelbagai pilihan dan studio yang menawarkan sesi fotografi saat hamil. Baik daripada segi konsep, tema dan sebagainya pasti ia mampu disempurnakan oleh jurufoto berpengalaman mengikut pakej dan harga yang ditwarkan. Sama ada menjalani sesi penggambaran di studio ataupun di mana-mana lokasi, percayalah anda pasti berpuas hati melihat hasilnya.
Kredit Foto: Google
Nikmati Momen Indah Ini Bagi yang pertama kali hamil, pasti berasakan entahkan bila lagi direzekikan-Nya untuk hamil lagi. Lantaran itu ciptalah kenangan selagi berkesempatan. Pastinya pengorbanan anda yang mula merasai sakit-sakit badan, pinggang, lenguh kaki, mudah penat dan sebagainya berbaloi tatkala melihat koleksi foto seperti ini. Nikmatilah detik istimewa ini yang akan menjadi kenangan bermakna dan berharga usai bayi anda lahir kelak.
Panduan ‘Maternity Photoshoot’
  1. Sarung Pakaian Paling Selesa
Ya, anda mahu kelihatan ‘fashionable’ walaupun menyarung helaian baju hamil. Tetapi biarlah ia selesa dan tidak keterlaluan. Seeloknya pilih material yang tidak panas dan longgar serta memudahkan pergerakan anda. Maklumlah nak ‘posing’ sakan, hehehe.
Kredit Foto: Google
  1. Rehat Secukupnya
Memandangkan anda adalah subjek utama, pastikan anda mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani sesi fotografi. Lebih-lebih lagi jika memilih untuk merakamkan foto di lokasi (outdoor) yang memerlukan anda bergerak ke sana sini. Jika mulai penat, berehat sebentar. Tak perlu memaksa diri kerana kesihatan anda juga tidak kurang pentingnya.
  1. Kerjasama Sepasukan
Kata orang, untuk mendapatkan hasil foto yang bukan sahaja cantik; keupayaan foto itu untuk menyampaikan mesej atau cerita disebaliknya bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan kerjasama semua. Jurufoto, jurusolek, ibu, ayah, anak-anak dan semua yang berada di set fotografi. Mood semua perlu berada dalam keadaan baik bagi memudahkan sesi penggambaran. Dan selebihnya ‘enjoy’ saja momen ini okey!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar