Cerita pengembala kambing dengan serigala.

Suatu hari si pengembala kambing merasa bosan. Lalu dia mendapat akal.

"Serigala! Tolong! Serigala"

Maka berlarilah seluruh kampung untuk membantu. Berduyun-duyun mereka turun untuk menyelamatkan si pengembala kambing. Bila tiba, mereka semuanya di ketawakan oleh si pengembala kambing.

Dipendekkan cerita.

Hari yang panas terik. Si pengembala kambing kembali bosan. Dia pasti orang kampung akan tertipu lagi. Namun sebelum sempat dia membuat tipu helah, segerombolan serigala datang mengepung beliau dan kambing-kambingnya.

"Serigala! Tolong! Serigala!" jeritnya penuh ketakutan.

Namun tidak ada seorang pun orang kampung yang datang. Mereka pernah ditipu dan mereka anggap tipu helah dulu terlalu kejam dan melampaui batas. Tidak mungkin mereka mahu tertipu sekali lagi.

Apa yang terjadi pada si pengembala kambing dan kambing-kambingnya?

Ernie marah dipergunakan. Ernie bongkar kisah di sebalik 'depression'.

Mungkin Haqiem Rusli dan kuncu-kuncunya tidak pernah mendengar cerita ini. Mungkin juga mereka rasakan strategi pemasaran penggunakan alasan depresi sesuatu yang boleh membuatkan orang kasihan.

Depression bukan satu perkara yang main-main!

Wany turut terkait kerana di bawah syarikat rakaman yang sama? Luahan rasa Wany di ruang komen Ernie.

Ianya tidak membuatkan anda bergelak ketawa dengan teman-teman. Ianya tidak membuatkan anda menjual ringtone, lagu secara online mahupun menaikkan single yang baru dilancarkan.

Depression adalah sejenis penyakit yang amat merbahaya. Depression adalah penyakit yang memakan diri secara diam-diam. Depression adalah penyakit yang boleh membunuh!

Antara selebriti yang sebelum ini memberikan kata semangat kepada Haqiem Rusli.

Kemurungan bukan sama dengan tekanan. Otak letak di mana?

Ramai orang yang mengalami depression atau kemurungan. Belum pernah lagi saya dengar mereka menggunakan alasan itu untuk minta kerja, naik pangkat, promosi jualan baju online dan sebagainya. Dan anda semudah itu menggunakan depression untuk mendapat simpati sebagai jalan promosi single baharu bukan sahaja terhadap peminat dan media, tetapi juga rakan-rakan artis!

Tahniah kerana berjaya!

Wow! Hebat benar!Depression pulih tepat pada masa untuk pelancaran single terbaru. Pulih sepenuhnya! Wow!

Saya berdoa semoga suatu hari nanti anda tidak akan jadi seperti si pengembala kambing seperti cerita di atas. Kasihan pada mereka yang benar-benar mengalami depression yang mungkin tidak lagi mahu berkongsi kisah mereka kerana bimbang digelar 'Sindrom Haqiem Rusli'!

Bakat yang ada jangan dipersiakan dengan gimik murahan, dik!

Jumpa Lagi!

Bila Badrul Bicara