Skip to main content

Market Trends

“Fattah Amin tak 'kayu' lagi” - Nur Fazura

wanita-terindah-01.jpg

Ketika masih ada yang skeptikal dengan lakonan Fattah Amin hingga cerita dan jolokan pelakon ‘kayu’ diberikan, teman yang digosipkan dengannya Nur Fazura baru-baru ini menganggap senario itu sudah sudah berubah.

Semua itu dibuktikan jejaka bernama penuh Abdul Fattah Mohd Amin itu menerusi watak Fahim Aiman dalam filem televisyen (FTV) Wanita Terindah lakonannya buat kali kedua bersama Nur Fazura selepas drama Hero Seorang Cinderella.

Lihat perkembangan positif Fattah.

Advertisement

Nur Fazura secara peribadi melihat perkembangan positif terhadap mutu lakonan teman akrabnya, Fattah Amin.  Pelakon yang juga penyanyi berkenaan turut memuji graf lakonan Fattah dalam supertelefilem yang diarahkan Joon Goh itu. Ia sekali gus menepis dakwaan yang jejaka tinggi lampai itu masih berlakon ‘kayu’.

“Prestasi lakonannya dalam FTV ini sangat bagus. Dia banyak improved berbanding Hero Seorang Cinderella. Ternyata dia bukan pelakon ‘kayu’ lagi. Saya bangga dengan peningkatan lakonannya. Saya pun dulu bukan pandai berlakon tetapi seiring pengalaman kita belajar jadi lebih baik.

Kualiti yang patut ada pada pelakon.

“Saya nampak dia kerja keras untuk berikan yang terbaik dalam kerjaya lakonan. Dia juga terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Itu kualiti yang patut ada sebagai pelakon iaitu keinginan untuk belajar,” katanya.

Manakala Fattah yang juga pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 menarik nafas lega jika mutu lakonannya dilihat meningkat.

Fattah bawa watak anak yang sayangkan ibunya.

Menerusi FTV arahan Joon Goh yang disiarkan sejak 2 November di saluran 480 Astro First Eksklusif, Fattah membawa peranan sebagai Fahim Aiman, lelaki yang begitu mengagungkan ibunya, lakonan Liza Othman. Fahim juga bekerja sebagai jurugambar di sebuah syarikat penerbitan akhbar yang memiliki perwatakan panas baran, kurang penyabar dan degil.

“Ini merupakan FTV pertama saya lakonkan. Watak Fahim ini sangat berat dan lain daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ia sangat mencabar.

Tidak ambil masa lama cipta keserasian.

“Tapi saya bertuah kerana dibantu pengarah, crew dan pelakon yang hebat termasuk Liza Othman dan Fazura. Saya lihat semua ini kerja berpasukan. Joon selaku pengarah juga cukup kreatif dan ini juga percubaan pertamanya mengarahkan cerita Melayu. Joon pun tak faham bahasa Melayu tapi boleh menghidupkan cerita ini dengan baik.

“Saya dan Fazura pun tak ambil masa untuk cipta keserasian lagi kerana sudah pernah berlakon sebelum ini. Fazura juga banyak membantu saya menjayakan watak kami dengan baik. Ditambah pula dengan ,” katanya.

Tambah Fattah lagi, dia banyak melakukan kajian dalam menghidupkan watak Fahim.

Sudah boleh ditonton di Astro First Eksklusif.

“Usaha saya lebih dalam merealisasikan watak ini. Saya berusaha untuk tidak menampakkan Fattah Amin dalam watak Fahim. Treatment FTV ini juga sangat hebat. Ia sudah macam sebuah filem sebenarnya. Sebagai pelakon juga saya anggap setiap hari sebagai proses pembelajaran untuk jadi lebih baik. Insya-Allah.

“Saya juga cuba untuk memberikan kelainan supaya watak yang pernah dibawakan sebelum ini tidak terus dibayangi. Begitu juga dengan drama Coffee Prince saya diarahkan Michael Ang. Saya ala KPop dalam drama itu.

FTV Wanita Terindah dihasilkan adaptasi novel Wanita Terakhir dengan kerjasama Astro First Eksklusif, Red Films Sdn Bhd dan FastyleAsia. Rafidah Abdullah bertindak sebagai penulis skrip.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST), penonton boleh menonton FTV ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. Ia juga boleh didapati di platform digital, ‘on demand’.

Must-Watch Video