Skip to main content

Market Trends

“Kalau Mereka Datang Menonton Kerana Saya Tidak Berbaju, I'm Fine With It” - Zul Ariffin

zul-ariffin-01.jpg

Pemegang watak utama filem Tombiruo, Zul Ariffin tidak kisah jika tubuh sasanya itu menjadi umpan untuk menarik penonton datang menyaksikan filem yang diadaptasikan daripada novel itu. Tampil tidak berbaju sepanjang hampir dua jam filem itu ditayangkan, Zul berkata jika itu yang disukai penonton, dia rela menerimanya.

“Mereka boleh datang menonton filem itu atas sebab apa pun. Dan kalau mereka menonton disebabkan saya tidak berbaju dalam filem itu, i am fine with it.

Advertisement

Sejujurnya, saya memang kekok bila shoot filem ini tanpa memakai baju. Bagaimanapun untuk mengelakkan perasaan itu terus menganggu, saya anggap itu adalah kostum untuk filem ini,”katanya kepada Rojak Daily Kaw! ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu.

Bersedia fizikal dan mental.

Menyedari selera penonton berbeza-beza, aktor berusia 31 tahun ini bersedia menerima sebarang kritikan terhadap keberaniannya membuka baju dalam filem itu.

“Sebagai pelakon, saya sudah bersedia dari segi mental dengan risiko dikritik kerana tidak berbaju dalam filem itu. Saya tahu, pasti ada anggapan kononnya saya menayangkan tubuh sebagai pelaris filem. Biasanya pelakon berbuat demikian untuk beberapa babak saja, tetapi saya pula berpenampilan seperti itu bagi keseluruhan filem.

Perlu kecilkan badan.

“Saya bukan sengaja nak buka baju tetapi sekadar mengikut karakter yang diperlukan untuk watak itu,”tegasnya.

Walaupun di mata peminat, Zul mempunyai bentuk tubuh yang sempurna, kekar dan berotot di sana-sini, namun menurut tuan punya badan sendiri, dia perlu mengecilkan sedikit badannya supaya ia bersesuaian dengan watak yang dipegangnya.

Perlu ikut kehendak filem.

“Untuk filem ini, masa saya sangat terhad untuk buat persediaan. Memandangkan sebelum itu saya terbabit dengan filem lain yang memerlukan badan saya nampak bulky, jadi untuk filem ini, saya kena turunkan berat badan supaya tak nampak besar sangat.

“Lagipun, pihak produksi ada lakaran tersendiri mengenai watak Tombiruo dan saya kena ikut seperti apa yang mereka gambarkan supaya nampak logik,”ujarnya.

Lakukan aksi lasak hampir 90%25.

Untuk membawakan watak Tombiruo, pelakon berdarah kacukan Melayu-Belanda ini berkata ia memerlukan stamina yang sangat tinggi kerana membabitkan banyak babak lasak dan aksi. Barangkali disebabkan terlalu komited, Zul berkata akibatnya dia terpaksa berehat selama dua minggu daripada menjalani penggambaran kerana mengalami kecederaan.

“Masuk hari kedua penggambaran, saya kena buat stunt sendiri. Ketika ada babak saya melompat, tiba-tiba saya dapat rasakan bahagian lutut saya sakit. Semasa mendapatkan rawatan di hospital, doktor pun terkejut melihat kecedaraan saya dan bertanyakan filem cinta apa yang saya lakonkan hingga ligamen saya tercedera?

Kembali ke set walaupun belum sembuh sepenuhnya.

“Dua minggu saya kena berehat daripada shooting akibat kecederaan itu. Waktu itu memang rasa tak keruan. Sudahlah berlakon kena pakai topeng, kemudian ada pula pelakon lain yang kena gantikan saya. Rasa tak puas bila tak dapat berlakon sendiri untuk beberapa babak penting terutama membabitkan babak saya dengan aktor Faizal Hussein,”luah pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin ini.

Selain Zul, filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani ini turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa dan Dynas Mokhtar. Ia bakal ditayangkan di pawagam, 12 Oktober ini.

Must-Watch Video