Kaw

“Kesemua Lagu Di Dalam Album Ini Berentak Balada.” - Dayang Nurfaizah

Alexander Hadreez Jr
28/04/2017
02:00 MYT
Satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah apabila album solo yang dinantikan, akhirnya berada di pasaran minggu lalu.
Maklum sajalah, tempoh enam tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Walaupun pernah menghasilkan album rakaman live dan merakamkan single demi single, namun kepuasannya takkan sama dengan kehadiran album solo.
Membelek sampul cakera padat penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini, tidak dinafikan reka bentuk grafiknya sangat ringkas berbanding dengan album terdahulu. Kulit album itu hanya memaparkan raut wajah Dayang dan dilatari dengan rona hitam putih.Barisan yang terlibat dalam pembikinan album Dayang.
Mengulas perkara itu, Dayang mengakui sengaja memilih konsep sedemikian kerana dia mahu album itu terus relevan sampai bila-bila.
“Dayang memang sengaja memilih konsep hitam putih kerana biasanya gambar hitam putih ini ada memori, ada cerita di sebaliknya. Kadang-kadang juga ia bersifat misteri dan juga timeless. Memandangkan kesemua lagu dalam album ini berentak balada dan lagu balada juga orang dengar sampai bila-bila, jadi sangat sesuai dengan konsep sebegini.
“Dayang juga berharap apabila peminat melihat kembali album ini untuk 10 tahun akan datang, walaupun gambar lama tetapi ia masih lagi relevan,” beritahu Dayang kepada Rojak Daily Kaw!Pilih kulit album yang simple dengan penggunaan warna hitam dan putih.
Kelainan album ini jika dibandingkan dengan album Dayang terdahulu adalah buat pertama kalinya tiada lagu berentak rancak dimuatkan sama.
Bukan disengajakan tetapi penyanyi berusia 35 tahun ini menjelaskan yang dia terpaksa akur dengan kehendak peminat yang menyukai lagu berentak Balada.
“Kalau bolehlah memanglah Dayang nak selitkan lagu rancak atau mid tempo tetapi sepanjang pembikinan album ini, kebanyakan lagu yang Dayang terima semuanya berentak balada. Walaupun lagu balada tetapi feel dan mood lagu itu tidak sama. Kadang-kadang tak perasan pun yang album ini memuatkan lagu balada sepenuhnya.
“Lagipun, peminat memang suka Dayang menyanyikan lagu bergenre seperti ini dan memandangkan album ini memang untuk peminat, Dayang okay sahaja,” katanya sambil ketawa.Pertaruhkan lagu ciptaan Ajai sebagai single pertama.
Sebagai pertaruhan, Dayang memilih lagu ciptaan komposer tersohor Ajai berjudul Separuh Matiku Bercinta sebagai single pertama. Rasionalnya, dia memang teringin untuk kembali bekerjasama dengan komposer yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dulu.
“Diakui untuk album ini memang Dayang ambil masa untuk memilih single mana yang sesuai. Selepas Lelaki Teragung yang menyaksikan Dayang bekerjasama dengan komposer muda, timbul keinginan untuk kembali bekerjasama dengan Ajai yang pernah menghasilkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, 18 tahun dulu.
“Walaupun lagu ini sedih tapi ia lebih ringan dan sesuai untuk cita rasa pendengar. Lagu lain juga ada potensi untuk dijadikan single seterusnya,” terang pemilk nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini.Mahu pendengar mentafsirkan sendiri lagu-lagu di dalam album beliau.
Diusik dengan pertanyaan adakah album ini menterjemahkan kisah hidupnya yang sebenar, Dayang menepis dakwaan nakal itu sambil menyifatkan tema cinta adalah universal dan relevan dengan semua pihak.
“Kebanyakan lirik lagu dalam album ini tak ada kena mengena dengan Dayang. Cuma tema cinta adalah perkara biasa dan dilalui semua orang. Adalah juga lagu yang bila Dayang baca liriknya, pasti akan disangka ada kaitan dengan kisah diri Dayang tapi sebenarnya tidak. Terpulanglah pada pendengar untuk mentafsirkannya,” sangkalnya.
Pada sebelah malamnya pula, bertempat di Dewan Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) , Dayang melakar sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama menyanyikan kesemua lagu yang dimuatkan dalam album barunya itu selain rangkaian lagu hits terdahulu seperti Hakikat Cinta, Seandainya Masih Ada Cinta dan Pintaku Yang Terakhir yang digubah semula susunan muziknya menjadi sedikit rancak.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

12 Tahun Tanpa Album, Siti Sarah Buat Comeback

gempak
07/02/2017
06:25 MYT