Minggu lalu saya tidak membuat review tentang konsert Akademi Fantasia minggu keempat. Menghormati Hari Raya Aidiladha dan mengambil kesempatan untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara. Kenapa saya tak buat review konsert keempat? Kerana itu adalah pilihan saya. Begitu juga dengan anda, terutamanya ‘haters’ yang mengomen di facebook! Ada yang acah-acah ustaz dan ustazah bertanyakan mana perginya rancangan agama dan macam- macam lagi *walaupun yang mengomen itu lelaki bersubang dan perempuan berpakaian seksi*. Banyak sahaja rancangan-rancangan agama yang tersedia untuk kita semua tonton. Buka sahaja saluran Astro Oasis atau TV Al-Hijrah, malah Astro Ria dan Astro Prima pun ada rancangan bercorak agama. Bukan nak bagi nasihat pun, tapi bijaklah sikit bila berikan komen tu. Komen anda menampakkan tahap IQ anda!

Riana, Emy dan Jasper, tiga pelajar yang terkeluar di awal-awal konsert sebelum membuat persembahan.
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Riana%2c+Emy+dan+Jasper%2c+tiga+pelajar+yang+terkeluar+di+awal-awal+konsert+sebelum+membuat+persembahan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Berbalik kepada konsert Akademi Fantasia 2016 minggu yang kelima. Betul, memang telah diumumkan sejak minggu lalu bahawa akan ada penyingkiran di awal-awal konsert. Pada saya, tiada masalah. Saban minggu pun (kecuali Emy) dua peserta wanita yang tersingkir antara peserta yang belum terserlah nyanyian mereka di Akademi. Cuma pada saya, cara penyingkirannya sedikit ‘menyedihkan’. Pada saya, walaupun diumumkan sebagai pelajar yang terkeluar, berikanlah sedikit ruang untuk mereka menyampaikan lagu yang telah dilatih sepanjang minggu. Sekurang-kurangnya mereka dapat menunjukkan peningkatan diri, dapat keluar secara bermaruah dan memberikan peluang kepada ahli keluarga dan menyokong yang mungkin datang dari jauh untuk melihat mereka membuat persembahan. Saya rasa, itu cara yang terbaik! Okay, jom kita buat review konsert minggu kelima.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Mula+menampakkan+perubahan+dalam+persembahan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Rahila (Antara Hujan dan Airmata – Allahyarham Datuk Sudirman)
Phewwww! Lega! Akhirnya Rahila keluar daripada kepompong selesa. Sudah nampak perbezaan dalam persembahan. Lagu kedengaran segar dan tidak lapuk. Sudah nampak fighting spirit daripada Rahila yang sebelum ni hanya selesa dengan cara nyanyian lama.
(4 ½ bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Asha+semakin+ketinggalan+dengan+peningkatan+pelajar-pelajar+lain.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Asha (Di Penghujung Rindu – Datuk Jamal Abdillah)
Nak kata dia terlalu rendah pun tak jugak, tapi selalu sangat Asha nyanyi atas tempat tinggi. Baju dia cantik dan kena dengan lagu. Cuma, saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Asha. Kalau sebelum ini, Asha antara peserta yang saya sering lihat sebagai pencabar kepada peserta lain, kali ini persembahan Asha sangat ketinggalan berbanding pelajar-pelajar lain. Perlu buat sesuatu, Asha! Perlu dengar kritikan daripada pengkritik, hadamkan dan cuba apply pada pembelajaran. Saya tidak kata persembahan Asha tidak bagus, tapi bila berada di kelompok yang lebih bagus, dia sudah di belakang.
(4 bintang)


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Pelajar+lelaki+yang+paling+menyerlah+dalam+setiap+minggu+di+dalam+konsert+adalah+Amir.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Amir (Mahligai Permata – Datuk Siti Nurhaliza)
Dia nampak relaks dan bersahaja, tetapi sebaik sahaja membuka suara, dia memukau seluruh audience di dalam dewan MBSA. Tahniah juga kepada mereka yang menyediakan busana. Amir nampak moden dan remaja. Dia ada lenggok suara yang sangat bagus dan paling penting, dia sangat bijak menggunakan pentas untuk memberikan persembahan yang hebat, tidak overdose dan sungguh menghiburkan.
(5 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+Amal+tidak+membosankan%2c+tetapi+tidak+ada+arah+tujuan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Amal (Bisikan Asmara – Datuk Siti Nurhaliza)
Unik! Okay, saya sudah agak bosan dengan komen ‘unik’ saban minggu. Maaf cakap, belum cukup layak untuk mendapat ‘berdiri ovasi’ seperti kata ‘kuman’ Zizan. Persembahan Amal bagus, cuma it was all over the place. Kalau sekadar menari, melompat, melantun tanpa tentu arah, tidak menjadikan sesuatu persembahan itu unik. Saya lihat semuanya berterabur. Kawalan suaranya pun tidak begitu bagus tetapi kerana dikaburi dek perkataan unik itu, seolah-olah kesalahan yang dilakukan itu dimaafkan begitu sahaja. Perlukan perubahan Amal, lama-lama orang akan bosan.
(4 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Bukan+sahaja+persembahan+Reshma+menghiburkan%2c+tetapi+dia+seperti+seorang+penghibur+profesional+di+pentas.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Reshma (Aku Penghiburmu – Datuk Jamal Abdillah)
Saya antara puluhan penonton yang bangun memberikan standing ovation kepada Reshma. She sets the bar high! Persembahan yang sungguh mengagumkan. Reshma ada karisma di pentas. Dia mengawal semuanya dengan baik. Dari mula dia meminta penonton bertepuk tangan bersama, sehinggalah bait terakhir, dia membuatkan penonton sangat terhibur. Bayangkan, selalunya setiap kali penyanyi asal mendengar lagu mereka digubah semula pasti ada yang tidak puas hati, apatah lagi penyanyi yang sangat cerewet tentang kehebatan sesebuah lagu seperti Datuk Jamal Abdillah. “Kau Penghiburku”, itulah kata-kata Datuk Jamal kepada Reshma sambil berseloroh mahukan versi tersebut daripada Edry untuk persembahan beliau nanti. Wow, Reshma, Wow!
(5 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Zarol+sepatutnya+sudah+bijak+mencari+identiti+yang+tersendiri.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Zarol (Percayalah – Datuk Siti Nurhaliza)
Percayalah, lagu ini terlalu besar untuk Zarol. Jika lagu ini diberikan kepada Amir mungkin kita boleh saksikan sesuatu yang baru, tetapi di tangan Zarol lagu ini seperti dinyanyikan di karaoke. Saya petik kembali kata-kata Datuk Jamal Abdillah, “apabila kita menyanyikan lagu penyanyi lain, kita mestilah, sama ada menyanyikannya dengan lebih baik atau setidak-tidaknya sama par”. Lagu ini terlalu jauh daripada kemampuan Zarol. Tidak dinafikan, Zarol mempunyai tone suara yang sedap, tetapi tidak semua lagu mampu dibuat dengan baik. Lagi satu, sepatutnya sediakan saja mike stand, pakaikan tuxedo, gunakan sportlight sudah cukup untuk menaikkan mutu persembahan Zarol.
(3 ½ bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Masih+beruntung+kerana+ada+latar+belakang+teater.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Afi (Bila Wajahmu Aku Bayangkan – Allahyarham Datuk Sudirman)
Sebutan Afi jelas, lontaran suaranya kemas, stage presence nya besar, tetapi sukar untuk saya terima rentak ala tango dibuat untuk lagu ini. Mungkin lagu ini lembut nyanyiannya dan puitis liriknya menjadikan ‘perlagaan’ antara penyampaian Afi dan gubahan lagu. Apatah lagi liriknya berulang-ulang dan tidak ada improvisation yang ketara daripada Afi menjadikan lagu ini ‘landai’ saja apabila saya menontonnya.
(4 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Iqram+sudah+mula+belajar+untuk+%27enjoy%27+dipentas+dan+tidak+terlalu+terikat+dengan+sesuatu+yang+telah+dirancang.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Ikram (Joget Gila Bayang – Anita Sarawak)
Persembahan yang lebih santai dan menghiburkan daripada Ikram. Kalau sebelum ini Ikram terlalu mengikut kehendak pergerakan yang terlalu dirancang, kali ini dia lebih relaks menyampaikan lagu dan membuat persembahan. Terlalu kerap pelajar-pelajar ini lupa untuk ‘berseronok’ di atas pentas kerana mahu memuaskan hati tenaga pengajar tanpa mengira kepuasan penonton. Apabila semuanya dilepaskan dan dibiarkan mengalir dengan sendiri, secara tidak langsung penonton turut akan terhibur dengan persembahan yang diberikan.
(4 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Ara+perlu+segera+mengejar+dan+mengembalikan+auranya+ke+pentas.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Ara (Takdir Penentu Segalanya – Datuk Jamal Abdillah)
Tidak dinafikan, Ara antara vokalis wanita yang cukup kuat di dalam pertandingan ini. Saban minggu saya memang menantikan persembahan Ara. Saya faham apa yang cuba diperkatakan oleh Datuk Ramli MS pada Ara. Bukan vokalnya tidak bagus, tetapi penyampian Ara daripada minggu ke minggu masih diperingkat yang sama. Kalau dahulu dia di hadapan, kini Ara seolah-olah hilang arah dan ketinggalan dengan peningkatan pelajar-pelajar lain. Saya tidak lihat ianya sebagai satu masalah yang besar kecuali kalau dia tidak melakukan sesuatu untuk keluar daripada zon yang selesa. Ara perlu memberikan idea baru, nafas baru dan persembahan baru untuk terus bersaing. Sayang sekali kalau dia tidak melakukan sesuatu dengan kadar segera kerana masa sudah semakin suntuk.
(4 bintang)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Tidak+dinafikan%2c+Zizan+memang+kelakar%2c+tetapi+adakalanya+kelakar+beliau+sedikit+melampaui+batas.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Konsert kelima ini boleh saya katakan antara konsert paling cemerlang setakat ini dalam edisi Akademi Fantasia 2016. Hampir kesemua pelajar menunjukkan mutu persembahan yang hebat. Perubahan yang ketara dari segi music arrangement patut diberikan tabik kepada Edry Abdul Halim selaku music director. Cuma minggu ini giliran Zizan pulak sedikit overdose dengan gaya kumannya! Guane orang tranung!


{^widget|(name)statictextWidget|(text)Menuju+Puncak+oleh+sembilan+orang+pelajar+Akademi+Fantasia.|(container)RDReportContainer|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}