Kadangkala cakap lepas boleh membawa bahana. Mungkin bukan ada niat yang tidak baik, tetapi bila mengeluarkan sesuatu ayat tanpa berfikir panjang, boleh menimbulkan rasa yang kurang enak dan mengguris hati penggiat seni itu sendiri. Nantilah, saya terangkan panjang lebar dalam ulasan review konsert minggu ketiga ini.
Afi (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+pembukaan+yang+sungguh+bagus+daripada+Afi.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Persembahan pembukaan Afi adalah antara persembahan pembukaan terbaik pernah dilakukan di
Akademi Fantasia. Dia benar-benar menghiburkan penonton sama ada di dalam auditorium, mahupun di rumah. Mimik muka, tarian, gerak geri dan pengawalan pentasnya sangat bagus. Sudah tentulah tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi asal tetapi sebagai pelajar, seronok sekali melihat persembahan Afi di pentas.
(4 bintang)
Asha (Hangatnya Cinta – Liyana)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Asha+menyanyi+dengan+penuh+perasaan.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Suara Asha besar dan gemersik, apatah lagi dengan low note dia yang cukup bagus. Cuma saya sedikit terkilan kerana gemuruh Asha kelihatan di wajahnya. Sudah konsert ketiga, maka sudah masanya Asha mengawal perasaan gementar ketika beraksi di pentas. Saya tidak nampak kesalahan yang ketara ketika persembahan Asha selain daripada kemampuan dia mencuri pernafasan ketika menyanyi masih tidak dapat diatasi. Kalau diperbetulkan, pasti Asha boleh memberikan saingan yang lebih hebat kerana suaranya sangat indah.
(4 bintang)
Ikram (Hapus Aku – Nidji)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Terlalu+kalkulatif+dalam+persembahan+menyebabkan+ianya+nampak+dibuat-buat.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Okay, saya ada sedikit masalah dengan persembahan Ikram. Dia ada suara, tetapi segala apa yang dibuat di atas pentas nampak fake. Pergerakan badannya, apabila dia berjalan daripada satu tempat ke satu tempat, cara dia berdiri, cara dia menyampaikan lagu, semuanya nampak dibuat-buat dan seolah sudah dirancangkan di dalam kepala beliau. You can plan, but please do not show it to the audience. Jalan ke kiri, kangkang kan kaki, nyanyi. Jalan ke kanan, bukakan kelangkang dan nyanyi. Penyanyi rock tidak perlu melakukan semua itu.
(3 ½ bintang)
Zarol (Cinta dan Airmata – CRK)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Perlu+bekerja+lebih+keras+untuk+keluar+daripada+kepompong+persembahan+yang+selamat.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Zarol ada suara yang mantap dan sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu ballad. Perbezaannya adalah, cara nyanyian lagu pop ballad dan rock ballad ada beza yang agak ketara. Sebab itulah kita boleh mengkategorikan sesebuah lagu itu sama ada lagu balada pop ataupun balada rock. Saya bersetuju dengan komen Awie bahawa nyanyian Zarol terlalu lembut untuk sebuah lagu rock ballad.
(3 ½ bintang)
Jasper (Joget Kelate - Nora)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Tidak+boleh+hanya+mengharap+kepada+paras+rupa.+Bakat+perlu+setanding.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Saya tidak arif dengan kemampuan Jasper untuk menguasai Bahasa Malaysia, tetapi untuk belajar dialek Kelantan dalam masa beberapa hari memang agak sukar. Kekurangan Jasper adalah dari segi lenggok lagu tradisional itu sendiri. Terlalu straight forward nyanyian Jasper. Sebenarnya ‘kelemahan’ tersebut mampu ditutup jika Jasper bersungguh-sungguh memberikan persembahan bersama penari pengiring beliau. Pasti nampak lebih mantap.
(2 ½ bintang)
Reshma (Ex’s and Oh’s – Elle King)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Kesungguhan+untuk+memberikan+persembahan+terbaik+patut+menjadi+contoh+pelajar+lain.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Sepatutnya pelajar-pelajar lain mengambil contoh kesungguhan Reshma untuk memberikan yang terbaik. Mereka sepatutnya mengambil ‘keinginan’ Reshma untuk bergelar juara sebagai pembakar semangat. Antara pelajar yang mendapat kelebihan menerima kritikan daripada ketiga-tiga pengkritik, saya melihat semua mereka mahu memberikan komen terhadap persembahan Reshma. Saya kagum dengan kesungguhan yang diberikan oleh Reshma. This is what the competition is all about!
(5 bintang)
Amal (Bidadari – Lela)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Gayanya+yang+tersendiri+sangat+menghiburkan+penonton.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Lagu ini makanan Amal. Disampaikan dengan penuh tenaga dan jiwa, diberikan dengan segala yang ada dan tersedia. Sikap positif Amal terserlah di atas pentas, walaupun diperingkat awal namanya berada di kedudukan agak tercorot. Tidak ada batasan terhadap persembahan Amal. Gabungan suara yang unik dan kesungguhan yang sangat ketara menjadikan persembahan Amal sangat diingati.
(5 bintang)
Riana (Melompat Lebih Tinggi – Sheila On 7)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Perlu+segera+mencipta+kelainan+untuk+bersaing+dengan+pelajar-pelajar+lain.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Permulaan Riana agak baik, tetapi bila tiba di tengah, semput mula menguasai. Honestly, saya dengar suara Riana biasa-biasa sahaja. Mungkin ada tone yang belum dikeluarkan oleh Riana yang mampu memberikan rasa kepada saya. Persembahan biasa-biasa saja. Pada sesetengah orang, sebagai filler sahaja sebelum menyaksikan persembahan sebenar.
(2 ½ bintang)
Ara (Robek Hatiku – Mas Idayu)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Ara+antara+pelajar+yang+paling+konsisten+dalam+memberikan+persembahan+terbaik+setiap+minggu.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Persembahan Ara pada saya sangat konsisten. Tidak semua orang boleh menari lagu dangdut seperti Mas Idayu (apatah lagi pegang mikrofon seperti beliau). Apa yang dipersembahkan oleh Ara sudah cukup segala resepinya. Tidak berlebihan dan keterlaluan mahupun ada yang kekurangan. Tidak perlu gelek berlebihan untuk membuktikan lagu itu lagu dangdut. Tumpuan vokalnya dan pesembahannya sudah sampai. Tetapi sangat menyedihkan apabila penari-penari di belakang, dianggap 'prop' oleh pengkritik. Maaf cakap, mereka juga adalah penggiat seni, dan apa yang mereka berikan juga adalah satu seni yang bukan sekadar hiasan semata. Prop itu adalah kerusi, meja, pokok, dan apa jua benda kaku yang disediakan untuk mencantikkan cerita. Bayangkan kalau penari dikatakan prop, bermakna pemuzik pengiring juga boleh dianggap prop juga kah? Saya mungkin tidak sesentap mereka yang bekerja keras menghidupkan tarian sebagai salah satu cabang seni, tapi komen haruslah tidak keterlaluan sehingga menjatuhkan darjat mereka sebagai penggiat seni.
(4 ½ bintang)
Rahila (Dangdut Raggae – Zaleha Hamid)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Perlu+mengubah+corak+nyanyian+untuk+kedengaran+lebih+segar+dan+lebih+terkini.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Satu lagi komen daripada juri yang saya anggap tidak ada perasaan hormat kepada pemuzik pengiring. Kumpulan Gerhana Ska Cinta di jemput untuk mengiringi persembahan Rahila kerana kemampuan mereka bermain muzik yang cukup hebat. Mereka juga artis! Perlukah untuk berkata mereka itu tidak perlu di pentas? Mungkin ada juri lupa, tugas mereka untuk mengkritik persembahan pelajar, bukannya lampu, meja, lantai, dan semua yang ada di auditorium. Sampai satu tahap, saya rasa annoying! Persembahan Rahila bagus, tapi cara nyanyiannya sedikit old fashion. Rahila kena berikan nafas baru yang lebih segar dari segi penyampaiannya.
(3 ½ bintang)
Amir (Biso Bonar – Datuk Hattan)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Amir+antara+pelajar+yang+saya+jangkakan+akan+menuju+ke+peringkat+akhir.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Boleh dikatakan persembahan Amir setiap minggu tidak pernah menghampakan. Minggu ini sekali lagi dia melakukan persembahan yang sangat baik. Penghayatan dan sebutan liriknya juga terdengar jelas. Seperti Reshma, saya rasa Amir juga sangat ingin berjaya dan merebut gelaran juara di pentas Akademi Fantasia. Betul! Semua orang ingin berjaya, tetapi tidak semua yang mahu bekerja keras seperti Reshma, Amir, Amal dan Ara.
(5 bintang)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Emy+(berdiri%2c+kiri)+pelajar+yang+diserap+masuk+melalui+pertandingan+Joharock+di+Era.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Semua orang berhak untuk mengkritik, memberikan pendapat, menghulurkan nasihat dan sebagainya. Tetapi sebagai orang yang duduk di kerusi pengkritik atau juri, kata-kata anda akan menjadi pegangan dan rujukan semua. Berhati-hatilah mengeluarkan kata-kata dan jangan terlalu sibuk untuk berjenaka sehingga hilang segala nasihat dan kritikan yang penting untuk pelajar. Dan tak payah nak bagi standing ovation sangat! Terlalu banyak, nampak murah dan tiada nilai lagi!