Skip to main content

Market Trends

Konsert Akademi Fantasia Minggu Pertama: Antara Histeria, Pokemon, Sungai Kelang dan Kontroversi

af2016coverkonsert1.jpg
Berada di dalam auditorium MBSA malam Ahad lalu, menggamit segala memori tentang Akademi Fantasia. Terkejut juga sebelum bermula konsert kedengaran seorang wanita menangis dan menjerit-jerit di bahagian atas auditorium. Kejadian histeria yang tidak ada di kaca TV.


{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+pembukaan+dengan+lagu+Menuju+Puncak+oleh+Aizat%2c+Farhan+dan+Hafiz|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Pembukaan Akademi Fantasia untuk musim yang ketiga belas ini sedikit sebanyak membayangkan tanda aras kehebatan pelajar-pelajar musim ini. Di mulakan dengan bintang-bintang AF musim keempat, kelima dan ketujuh, Farhan, Aizat dan Hafiz membuka momentum yang cukup hebat, diikuti dengan tarian menuju puncak oleh pelajar-pelajar AF2016. Meremang bulu roma!

Tidak mahu bercerita tentang kejutan pengetua, pengacara dan pihak juri, jom kita ulas tentang konsert yang berlangsung.

Halmy (Di Amaran Mama)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+pertama+Halmy+sedikit+mengecewakan|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Pembukaan Halmy sangat bagus! Namun di separuh jalan, nyanyiannya menuju ke Sungai Kelang. Entah di mana silapnya, sedangkan lagu tersebut merupakan lagu pilihan dirinya sendiri dan pernah dipersembahkan ketika majlis memperkenalkan pelajar. Saya anggap Halmy di antara pelajar yang bakal memberikan cabaran kerana kelebihannya bukan sahaja terletak pada suara, tetapi juga kemampuannya menari dengan baik. Sayang sekali, dia tidak mampu mengawal perasaan di pentas.
(2 ½ bintang)

Zarol (Di Koyak Waktu)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Zarol+masih+kurang+menonjol|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Zarol mempunyai tona suara yang merdu. Mungkin latihan-latihan banyak dibuat bila menyanyi di aplikasi smule. Cuma bezanya, Zarol belum punya aura yang memikat dan cara nyanyiannya sedikit old fashion. Sedikit mengecewakan bila nyanyian Zarol tiada rasa seolah-olah dia tidak menghayati senikata lagu tersebut.
(3 bintang)

Riana (Tak Tercapai Akalmu)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Perlukan+perubahan+dalam+gaya+dan+persembahan|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Dia cantik! Tapi nyanyiannya terlalu biasa untuk memikat pendengaran saya. Saya cuba mencari kelebihan Riana tetapi kepala saya asyik mengatakan, dia cantik! Suaranya tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan pelajar-pelajar wanita lain. Mungkin terlalu awal untuk menilai, jadi saya akan nantikan persembahan Riana untuk minggu seterusnya.
(2 ½ bintang)

Amir (Obses)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+pertama+yang+memberansangkan+daripada+Amir|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kalau dia mampu menyanyi sambil berbaring, maksudnya dia mampu menggunakan kuasa perutnya untuk mengeluarkan suara. Tidak ramai yang boleh menyanyi sebegitu. Tiada masalah daripada segi suara, cuma cara persembahannya masih lagi cara lama. Cikgu-cikgu perlu memberikan sedikit perhatian terhadap cara pergerakan Amir kerana saya perhatikan, dia sentiasa menghenjutkan badannya seolah-olah mengikut tempo menyanyi di karaoke. Perlu dibuang cara tersebut!
(4 ½ bintang)

Ara (Andai Ku Bercinta Lagi)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Ara+perlu+mencari+sifat+feminin+dalam+diri+untuk+lebih+menonjol|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Antara pelajar yang menjadi perhatian saya. Gayanya seperti Misha Omar, tetapi rupanya seperti kakak Misha Omar, Mimie Omar! Hahaha! Suaranya agak power dan penghayatan yang diberikan agak baik. Ara yang saya lihat ketika sesi pengenalan lebih mempunyai aura ketika melangkah ke pentas. Kali ini dia kelihatan lebih takut daripada biasa. Mungkin sorakan dan jeritan penyokong sedikit sebanyak menggugat persembahan beliau. Still, dia masih memberikan persembahan yang cukup baik.
(4 bintang)

Amal (Takkan Pergi)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Keunikan+yang+perlu+dipelbagaikan+supaya+tidak+statik+dan+bosan|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Unik! Tetapi tidak semua benda yang unik itu baik. Berlainan dengan Amal, suara uniknya sedap didengar dan butir patah perkataan yang dikeluarkannya sangat jelas. Saya suka gaya Amal, tetapi berharap dia tidak hanya ingin menjadi unik sekadar menjadi unik. Unik perlu mengisi kekosongan yang ada, perlu lengkap dengan keindahan yang luar biasa dan perlu memberi pilihan yang di luar jangka.
(4 bintang)

Afi (Percayalah)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Afi+antara+peserta+yang+menyerlah+di+peringkat+awal|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Tona suara yang merdu, sedikit over-acting tapi masih boleh diterima dengan baik kerana ianya mencantikkan persembahan beliau. Saya suka bila pihak produksi meletakkan aras yang tinggi sebagai permulaan konsert pertama. Ini memberikan tanda bahawa ianya akan terus ke atas, dan tidak ke bawah. Pakaian yang disediakan untuk Afi kena dengan persembahan beliau. Semuanya mencantikkan lagi suasana.
(4 bintang)

Rais (Inspirasi)

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Rais+perlu+lebih+menjiwai+lagu+dengan+memahami+bait-bait+lirik+yang+disampaikan|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Juga antara pelajar lelaki yang mempunyai tona suara yang cukup bagus. Namun, sayang, lirik lagu tidak diterjemahkan dengan persembahan yang cemerlang. Terlalu bersahaja dan seolah-olah lagu yang mempunyai inspirasi ini tidak memberikan inspirasi kepada beliau.
(3 ½ bintang)

Asha (Mohon Kasih)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Patut+diberi+pujian+menyanyikan+lagu+tradisional|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Senikata lagunya berulang-ulang, dan nyanyian Asha juga berulang-ulang tanpa kelainan untuk setiap bait-bait lagu. Suaranya sedap, tapi saya seolah-olah mendengar ringtone yang diulang. Walaupun begitu, saya tabik hormat buat Asha yang mahu menyanyikan lagu-lagu melayu tradisional walaupun umurnya baru dua puluh tahun.
(3 bintang)

Isa (Terakhir)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Bila+kesihatan+tidak+mengizinkan%2c+di+situlah+kekuatan+mental+memainkan+peranan|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Well, apa nak cakap ye? Cara jalan ke pentas dah menunjukkan dia tak ada semangat. Alasannya, dia tidak sihat. Okaylah, kita faham bila tidak sihat, kita tak dapat memberikan seratus peratus persembahan. Tetapi, tidak semestinya kita mematikan semua semangat yang ada. Bukan senang untuk berada di antara empat belas pelajar Akademi Fantasia. I expect more! Walaupun tidak sihat, kehendak mestilah melebihi kemampuan ketika itu.
(2 bintang)

Rahila (Sudah Ku Tahu)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Masa+untuk+memperbaharui+gaya+lama+supaya+kena+dengan+keadaan+semasa|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Suara Rahila memang power! Tapi cara nyanyiannya seperti kata Datuk Ramli MS, berbunyi lapok. Stail nyayian penyanyi-penyanyi lama dengan getaran suara yang agak berlebihan. Tetapi dia memang boleh menyanyi dengan baik. Pembaharuan perlu dibuat kalau inginkan perjalanan yang lebih jauh di dalam Akademi Fantasia mahupun di luar sana nanti.
(4 bintang)

Ikram (Sejati)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Perlu+belajar+melindungi+kesilapan+agar+tidak+ketara+di+mata+penonton|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Betul, mereka masih lagi bukan penyanyi professional, tetapi bila melakukan kesalahan di atas pentas, jangan tunjukkan dengan muka. Bukan semua orang sedar tentang kesalahan yang dilakukan, tetapi bila dah dibayangkan pada wajah, semua orang akan tahu serta-merta. Itu antara kelemahan yang perlu diatasi dengan segera.
(3 bintang)

Jasper (Tetap Dalam Jiwa)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Memberikan+persembahan+yang+menghiburkan%2c+pandai+bermain+kamera+dan+tahu+pergerakan+pentas|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Saya suka tona suara Jasper. Mungkin dia perlu lari daripada nyanyian penyanyi asal, tetapi dia ada sesuatu yang boleh digilap lagi. Cara nyanyiannya bersahaja tetapi masih nampak hijau dan tiada pengalaman. Jasper perlu cepat adapt dengan keadaan kerana masa di dalam Akademi Fantasia agak suntuk jika dia tidak bergerak pantas.
(3 bintang)

Reshma (Goyang Inul)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+Reshma+sangat+menghiburkan+dengan+penguasaan+pentas+yang+sungguh+baik|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Anda boleh lihat bila seseorang itu terlalu inginkan sesuatu. Segalanya dilakukan sebaik mungkin. Gerakan badan, lenggokan suara, permainan pentas, persembahan kepada penonton, semuanya dilengkapkan oleh Reshma. Ya, mungkin ada di antara pelajar-pelajar lain yang mempunyai suara yang lebih baik, tetapi dari segi persembahan pentas, Reshma mendahului lain-lain pelajar. 
(4 ½  bintang)

{^widget|(name)statictextWidget|(text)Mereka+bernasib+baik+masih+diberi+peluang+untuk+meneruskan+perjuangan.+Minggu+hadapan+pasti+ada+yang+dikeluarkan|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Konsert pertama baru bermula, kontroversi sudah mula melanda apabila ada salah seorang pelajar Akademi Fantasia dikatakan menjalin hubungan dengan isteri seorang pelawak. Kisah pokemon juga menjadi sebahagian daripada permulaan cerita konsert Akademi Fantasia kali ini. Pada saya, apa pun, semuanya tidak penting. Yang utama, kita sudah ada 14 orang bakal bintang yang akan memenuhi persada seni. Semoga mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepada mereka.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video