Skip to main content

Market Trends

Mawar Rashid Bertunang Dengan Raden Ahmad Faizal

mawar-rashid-01.jpg

Pelakon drama Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid, 22, selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob dalam majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara jam 4.14 petang semalam.

Acara menyarung cincin.

Raf, 32, yang juga adik penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley adalah seorang usahawan, pelakon, pengacara dan model.

Advertisement

Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu, mereka berdua diperkenalkan oleh pelakon, Emma Maembong pada Januari lalu.

Doa selamat semoga semua berjalan dengan lancar.

"Saya mengenali Raf di sebuah restoran yang turut ditemani Emma dan rakan lain. Ketika itu, Emma menyuarakan hasrat untuk menemukan kami kerana Raf sudah dianggap seperti abang angkat olehnya.

"Emma dan adik-beradiknya juga sebenarnya adalah kawan rapat saya sejak di bangku sekolah sehingga sekarang. Justeru, keakraban kami seperti adik beradik berlainan ibu bapa.

Antara ahli keluarga yang hadir.

"Sejujurnya, saya tidak pernah percaya dengan istilah jatuh cinta pada pandangan pertama. Hakikatnya, saya ternyata salah.

"Kali pertama saya bertemu Raf, dia berjaya menambat hati saya sehingga hati menjadi berdebar tidak seperti kebiasaan. Saya dapat merasakan aura unik dalam diri Raf. Barangkali, ini disebabkan cara pembawaan dirinya yang agak berbeza berbanding orang lain," kata Mawar.

Bergambar kenangan beramai-ramai.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini namun belum ada tarikh lagi kerana mereka berdua terikat dengan jadual penggambaran yang sedang dalam perbincangan bersama pihak produksi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video