Skip to main content

Market Trends

Yuna Senaraikan Sembilan Sebab Dia Jatuh Cinta Pada Adam

yuna-01.jpg

Kebahagiaan mengikat janji dengan insan tercinta untuk menuju hari bahagia nyata melatari kehidupan penyanyi, Yuna, kini.

Sebaik bergelar tunangan kepada adik Ashraf Sinclair, Adam Yousof, 33, pada 5 Ogos lalu, selebriti yang mencipta di Amerika Syarikat itu meluahkan perasaannya menerusi laman sosial.

Advertisement

Katanya dalam bingkisan panjang lebar, beliau merupakan gadis bertuah apabila kerana jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri.

1) "Dia tidak mengejar saya atau mempunyai keraguan tentang diri ini. Menunjukkan bahawa dia seorang yang berhati-hati memilih teman hidup.

2) "Tiada bisikan romantik di telinga tetapi tidak terlepas menjawab panggilan telefon saya, tidak menghebohkan hubungan kami di media sosial.

3) “Kerana baginya saya adalah permata tersembunyi, bukannya permainan baru yang perlu ditunjuk satu dunia," tulisnya di laman Tumblr.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai'ai mula mengenali Adam yang juga pengarah di set rakaman ketika penggambaran untuk iklan televisyen pada awal 2013.

Hubungan mereka semakin erat bermula penghujung 2015 sebelum mula merancang untuk lebih serius seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.

Terdahulu, sebelum melangsungkan pertunangan yang turut dihadiri bakal birasnya, Bunga Citra Lestari di Shah Alam, Selangor, upacara merisik diadakan pada 27 Mac lalu.

Sementara itu, menerusi nukilan sama Yuna turut menyenaraikan perkara yang membuatkan dia jatuh hati dengan tunangnya itu.

4) "Dia tidak meletakkan saya yang pertama kerana mempunyai ibu bapa, adik beradik, anak saudara, kesihatan dan terutamanya, kehidupannya.

5) "Selain itu, dia tidak cemburu jika saya dan tidak mengongkong hidup saya, tidak peduli jika saya ada dua juta pengikut di media sosial, namun mengenali kesemua 10 nama sahabat saya.

6) "Dia tidak tahu tajuk lagu saya tetapi mengingati tarikh lahir anak saudaranya, tidak melupakan rakan-rakan untuk saya dan masih meluangkan masa bersama mereka" tulisnya lagi.

Malah, tanpa berselindung penyanyi dan komposer yang dihormati ramai itu mengakui sikap Adam turut mengubah persepsinya berkenaan cinta.

7) "Sebelum ini, saya fikir cinta adalah dimana lelaki yang harus melakukan segalanya, bersikap romantik seperti memberi bunga, surat cinta dan memberikan seluruh jiwa raga pada saya.

8) "Namun, Adam hanya ingin memastikan dia menjadi lelaki terbaik buat dirinya, keluarga dan dunia dan berkongsi segalanya dengan saya.

9) "Dan pada akhir setiap perbualan kami, dia akan memberitahu bahawa dia juga cintakan saya," katanya yang meraih maklum balas ramai peminat.

Adam adalah pengarah yang pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.

Beliau juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video