Keluang Man
Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Kerjasama dua jenama ikonik
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata dia amat teruja dengan kerjasama yang dijalankan.
“Kami juga teruja untuk mengumumkan kerjasama unik yang menghimpunkan dua jenama paling ikonik di Malaysia: Keluang Man dan Wonda Coffee.
“Perkongsian pertama seumpamanya dalam industri ini menekankan kuasa kreativiti dan inovasi, menetapkan penanda aras baharu untuk kerjasama masa hadapan. Bila Keluang Man bertemu Wonda Coffee, magic happens!
“Secara peribadi, saya amat teruja dengan kolaborasi ini. Melalui kerjasama antara Astro Shaw dan Wonda Coffee ini bukan sahaja mempamerkan kuasa kreativiti dan inovasi tetapi juga berpotensi untuk meningkatkan industri kreatif ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kerjasama kami, bersama pasukan Etika, akan membuahkan hasil yang bermakna dan penyelesaian inovatif yang menetapkan penanda aras baharu dalam industri kami,” katanya.
Tak sabar tayangan Keluang Man
Dalam pada itu, Euan juga menyatakan rasa tidak sabar menantikan tayangan filem Keluang Man dan berharap projek ini akan diterima baik oleh semua pihak.
“Sementara kita menantikan filem Keluang Man yang akan ditayangkan pada 2025, saya bangga dengan apa yang telah dicapai setakat ini.
“Saya juga teruja untuk berkongsi pencapaian terkini perjalanan Keluang Man. Penggambaran baru sahaja tamat dan kini dalam fasa pasca produksi yang akan menghidupkan projek menarik ini,” ujarnya.
Lebih menarik lagi, Keluang Man akan membuat penampilan umum buat pertama kali bersama sut baharu pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Untuk info, ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ menampilkan watak Keluang Man di tin minuman, dan juga menawarkan rasa kopi susu dengan Tongkat Ali yang pastinya memikat selera penggemar minuman kopi tempatan.
‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ merupakan penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang terkenal, menawarkan rasa yang mencerminkan tradisi kopi bersejarah di daerah tersebut.
Dikenali dengan keharumannya yang mendalam dan aromatik, kopi gaya Kluang telah menjadi tunjang kehidupan setempat dan perhimpunan komuniti selama beberapa generasi.
Disuntik dengan khasiat bertenaga Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia, mendorong peminat kopi mempunyai semangat wira dalam diri mereka!
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man
ARTIKEL BERKAITAN:Gabungan 2 Jenama Ikonik, Keluang Man & Wonda Coffee Bersatu Dalam Kolaborasi Penuh Mengujakan!
ARTIKEL BERKAITAN:Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Realisasikan Live Action Superhero Ikonik Malaysia, Ini Antara Sebab Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man - “Dia Memiliki Ciri-Ciri Dan…”
Turut ditampilkan video komersial eksklusif ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ berdurasi 30 saat yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ezrie Gazali. Video tersebut boleh ditonton di platform media sosial Gempak serta tv komersial.
Dalam pada perkembangan lain, turut diperkenalkan kategori terbaru iaitu ‘Wonda Coffee Keluang Man Of The Month’ dalam program mingguan Gempak Most Wanted.
Kategori ini merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di media sosial atas usaha murni yang telah mereka lakukan. Usaha ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak positif dalam komuniti.
Filem arahan pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf ini membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Keluang Man menjalin kerjasama strategik pemasaran bersama WONDA Coffee.
Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.