Apalah maknanya sambutan kemerdekaan ke-60 ini jika tiada iklan-iklan kemerdekaan yang menarik? Tidak hanya ketika musim perayaan, bulan kemerdekaan ini juga dirai penuh inspirasi oleh beberapa syarikat di Malaysia. Bagi memberi semangat jati diri dan bangga pada tanah tumpahnya darah kita, kami kumpulkan lima iklan kemerdekaan 2017 terbaik untuk anda semarakkan lagi semangat patriotik dalam jiwa.
1. Maxis
Tidak semua diantara kita yang berpeluang untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, berapa ramaikah diantara kita yang betul-betul menggunakan peluang untuk meneroka keajaiban negara sendiri?
2. Petronas
Dapat melihat lagenda badminton negara, Foo Kok Keong dan Rashid Sidik dalam satu iklan cukup membanggakan hati kami. Kedua-dua jaguh Piala Thomas ini muncul dalam iklan Piala Taman Thomas untuk memberi semangat pada Hakim dan rakan-rakannya agar tidak mudah berputus asa.
3. MRCB
Persahabatan yang berkekalan dibina atas janji yang ditepati. Satu buah tangan yang penuh makna untuk semua rakyat Malaysia hayatinya.
4. Celcom dan Axiata
Seorang guru sekolah dari Eropah, Emma berpeluang mengajar di tanahair kita dan bagaimana caranya menyesuaikan diri dengan cara Malaysia, sangat menarik perhatian kami. Ia mengajar kita bahawa perbezaan itu tidak semestinya buruk, ia kadang-kala baik dan perlu diraikan.
5. UEM Group
Sebuah kisah benar tentang persabahatan dan keikhlasan – diinspirasikan oleh Pak Murali dan Penduduk Kampung Tebat, Melaka. Tanpa mempedulikan agama, bangsa dan warna kulit, kita semua rakyat Malaysia dan ia akan kekal selamanya.