Jika di Malaysia, aplikasi WeChat seakan dipandang serong oleh sesetengah pengguna. Sebab itulah munculnya istilah ‘budak wechat’.

Namun di China, WeChat adalah segala-galanya. Daripada urusan pembayaran sehinggalah pengenalan diri dan juga passport.

Namun tahukah anda WeChat lebih daripada itu? WeChat juga mampu menfailkan penceraian dengan hanya satu klik!

Fungsi terbaru di China.Menurut Business Insider buat masa ini, fungsi ‘failkan penceraian’ itu hanya diberikan kepada pengguna di Guangdong, China.

Apa yang perlu dilakukan adalah klik fungsi terbabit dan kemudian satu temu janji bersama pegawai pendaftaran akan ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Untuk pengetahuan anda, membuat temu janji adalah satu ciri biasa dalam WeChat. Selain menfailkan cerai, anda juga boleh mendaftar perkahwinan menerusi aplikasi ini.

Selepas China, tidak mustahil ia akan dilancarkan di negara lain termasuklah Malaysia.