,
Lifestyle

Oh My Loghat Malaysia!

Azwa Rahman
30/08/2016
09:14 MYT
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyarakat yang berbilang kaum. Selain kaya dari segi etnik, budaya, makanan, tempat-tempat menarik, Malaysia turut dikenali dengan bahasanya. Loghat ataupun dialek adalah satu bahasa yang mudah difahami bagi sesuatu tempat. Kenali loghat-loghat yang ada di Malaysia.
hetalia_states_of_malaysia_by_pffcandyspeedwings-d90twzq.jpg
Gambar: pffcandyspeedwings.deviantart.com
1) Perak
Uniknya negeri Perak ini, ia terbahagi kepada beberapa jenis loghat. Penduduk di bahagian Utara Perak (Kerian dan Larut Matang) lebih kepada dialek Pulau Pinang, kawasan Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong pula lebih kepada dialek Patani. Bagi daerah Kinta, bahasa Melayu biasa digunakan secara meluas. Manakala di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih ke dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Kawasan Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor, Kampung Gajah dan Tanjung Blanja, dialeknya adalah Lembah Sungai Perak. Dialek inilah yang dikatakan asli dan berasal dari negeri Perak.
Contoh loghat Perak:
  • Benkin - garang
  • Gamok - agak
  • Hangat pijor - Terlalu panas
  • Leboh - hilang
  • Menyonkit - berjalan
Ayat loghat Perak:
  • "Teman maghah beno dengan mike ni!"
  • "Uuuu moncah le mike, anak-anak sume kroje gomen."
  • "Ate betui ke idak dapat bonus? Awok libang-libu dari tadi ni."
2) Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
Terletak di utara tanahair, ketiga-tiga negeri ini menggunakan loghat Utara. Digunakan dengan luas di dalam filem, loghat Utara antara yang paling mudah difahami dan senang diajar.
Contoh loghat Utara:
  • Ketegaq - degil
  • Menghela - gatal
  • Celuih - muat
  • Segheyau - Takut
  • Ghenyeh - Senyum
Ayat loghat Utara:
  • "Meremutnya orang kat kedai baru bukak tu!"
  • "Tu dia, segak sungguh anak dara Cik Kiah, gheja KL ka?"
  • "Mak ni hari-hari duk buat kari, cemuih la."
3) Pahang
Negeri Pahang juga terdapat hampir lapan jenis loghat dan ia terbahagi pada kawasan Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Loghat Pahang bergantung pada daerah dan bukan negerinya. Disebabkan negerinya yang luas, sesuatu perkataan itu mungkin berbeza-beza sebutannya mengikut daerah walaupun merujuk pada perkataan yang sama.
Contoh bahasa Pahang:
  • Koi - saya
  • Aok - Awak
  • Taruk - Letak
  • Mencanak - laju sangat
  • Jabir - plastik
Ayat loghat Pahang:
  • "Mok, koi nok keluor kejak jumpa ghodong."
  • "Boh ke kawan kerapoh tulang ikan tu yek".
  • "Pepalih awok nyape buat gitu."
4) Kelantan
Bahasa Kelantan ataupun kecek Kelate digunakan secara meluas hampir di semua daerah di negeri Kelantan. Ia bukan sahaja dituturkan oleh orang melayu, bahkan turut melibatkan orang Cina dan India kelahiran Kelantan dan orang Siam. Walaupun di mana anak Kelantan berada, agak sukar bagi mengikis loghat ini.
Contoh bahasa Kelantan:
  • Mokte - rambutan
  • Pitih - Duit
  • Punoh - Rosak
  • Kekoh - Gigit
  • Ghoyak - beritahu
Ayat loghat Kelantan:
  • "Lamoke buleh pekdoh mu ni."
  • "Sokmo Pok Mat kaloh kalu main gasing nga anok dio."
  • "Agah mu ni, meta ko tubik U pah jadi ejinia."
5) Terengganu
Bahasa Terengganu atau base ganu digunakan di negeri Terengganu kecuali di Pulau Perhentian dan utara Besut kerana kebanyakan orang disana bercakap bahasa Kelantan. Cukup dikenali dengan penekanan huruf G di setiap perkataan, bahasa Terengganu memang sedap didengar.
Contoh loghat Terengganu:
  • Payyang - tempayan
  • Lembek - tilam
  • Pelawok - penipu
  • Jereba - terkam
  • Boloq woq - serabut
Ayat loghat Terengganu:
  • "Guane gamok?"
  • "Mung wak mende ning?"
  • "Biarlah mung nok kata mende pung."
6) Sabah
Bahasa Sabah sangat unik. Terdiri daripada pelbagai etnik, Sabah terkenal dengan bahasa tempatan etnik seperti Kadazan Dusun, Bajau, Suluk, Murut dan sebagainya. Seumpama bercakap bahasa baku, bahasa tempatan Sabah banyak dipengaruhi oleh bahasa Tagalog, Indonesia dan juga Melayu Brunei.
Contoh loghat Sabah:
  • Limpas - lalu / lintas
  • Siring - tepi
  • Sandi - teruk
  • Bida - hodoh
  • Kedapatan - kantoi
Ayat loghat Sabah:
  • "Jangan kau brani tlefon sia limpas pukul lapan."
  • "Atukoi, punya tinggi tu Menara Yayasan Sabah."
  • "Bagus kau tinggal sama-sama itu karabau sana. Bikin takanan betul!"
7) Sarawak
Di Sarawak, tidak kira kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Dayak, Melanau Cina dan sebagainya, bahasa Sarawak menjadi bahasa rasmi bagi semua.
Contoh loghat Sarawak:
  • Inggar - geram
  • Sitok - sini
  • Sidak nya - mereka
  • Iboh - jangan
  • Belon - kapal terbang
Ayat loghat Sarawak:
  • "Apa polah kitak kinek tok?"
  • "Iboh kitak berkaul gilak makan."
  • "Kamek mintak maaf sebab nyakit ati kitak."
8) Johor
Jika anda bukan orang Johor, mungkin anda kata orang Johor menggunakan Bahasa Malaysia yang sebenar. Tiada loghat seperti negeri Kelantan ,Kedah, Penang, Perak dan sebagainya. Tapi jika anda kenal orang Johor anda akan jumpa perkataan yang membuatkan anda pelik mendengarnya. Memang unik.
Contoh loghat Johor:
  • Epok-epok - karipap
  • Lemor - masuk angin
  • Gerobok - almari
  • Saing - sama-sama
  • Semangka - tembikai
Ayat loghat Johor:
  • "Mana jajan nya? Ngelat la engko ni. Lokek ek."
  • "Jom sarap?"
  • "Man, tolong amik gebar dalam gerobok tu."
9) Melaka
Loghat Melaka dikatakan jujur dan berterus-terang. Perkataannya tajam sehingga ada yang mengatakan loghat Melaka ini kasar. Tapi ini tidak bermaksud orang-orang Melaka kasar. Mungkin cara penyampaian mereka sahaja sering disalaherti.
Contoh loghat Melaka:
  • Besau - besar
  • Gumah - rumah
  • Kendian - kemudian
  • Kensal - tuala
  • Membokoh - makan
Ayat loghat Melaka:
  • "Antu Leman tu dah pegi haji ke?"
  • "Asyik sangap je kau ni, tak cukup tidor ke?"
  • "Oi lahabau! Kau dah godak air ni tak?"
10) Negeri Sembilan
Dalam banyak-banyak loghat, bahasa Negeri Sembilan paling sedap didengar bila orang bercakap. Tapi jika anda bukan berasal dari Negeri Sembilan, kebarangkalian untuk anda faham adalah sangat tipis.
Contoh loghat Negeri Sembilan:
  • Mombuto - tidur
  • Ghobeh - hujan renyai
  • Hongeh - penat
  • Koyok - berlagak
  • Landung - sepak
Ayat loghat Negeri Sembilan:
  • "Bongkar la copek, dah subuh ni."
  • "Anak sapo la yang bogik bonar ni!"
  • "Sibuk mengiro hal oghang. Tak koso den do."
    Related Topics
    Must-Watch Video
    Hiburan

    Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

    gempak
    04/09/2024
    01:30 MYT
    Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
    Viral

    "Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

    gempak
    03/09/2024
    10:42 MYT
    Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
    Drama

    Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

    gempak
    31/08/2024
    15:06 MYT
    Pelakon drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi juga turut sama memeriahkan perarakan yang berlangsung pada Sabtu di Dataran Putrajaya.
    Viral

    Terhibur Lihat Gelagat Menari Sambil Beri Isyarat Penerbangan, Netizen Gigih Cari Abang Shuffle - "Paling Rare! Tolong Reveal Bro Ni Siapa Boleh Tak?"

    gempak
    31/08/2024
    13:25 MYT
    Lelaki ini yang secara tiba-tiba menjadi tular kerana gelagat spontannya ketika menari telah disiarkan secara langsung pagi tadi.
    Laman Utama

    Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Terus Terjemah Aspirasi Malaysia MADANI

    gempak
    31/08/2024
    11:25 MYT
    Sambutan Hari Kebangsaan akan terus menjadi platform menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI terutamanya dalam memperkukuh perpaduan berbilang kaum di negara ini, selain menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.
    Anmum