Lazimnya Tanjung Malim, Perak lebih dikenali sebagai lokasi persinggahan pengunjung yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh atau menghala ke Kuala Lumpur. Bandar Proton dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) antara mercu tanda pekan ini yang diingati pengunjung.
Namun, kesunyian pekan ini berubah apabila pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mewujudkan Sarang Art Hub yang menjadi lokasi penggiat seni dan masyarakat berkumpul untuk berhibur. Mamat yang lebih dikenali menerusi filem genre komedi sebenarnya mahu membantu penggiat seni dan golongan muda untuk bekarya.
Acara Himpunan 100 Gitaris yang dipimpin Rosli Mohalim yang diadakan dua tahun lalu antara pencapaian terbaik yang pernah dilakukan di lokasi ini. Malah, Mamat juga baru-baru ini berjaya menganjurkan acara Tayangan Apresiasi Filem Kembara Seniman Jalanan yang diadakan pada 4 Februari lalu.
Meskipun, acara ini dibuat di luar Kuala Lumpur, ia tetap menarik perhatian ramai penggiat seni dan masyarakat untuk berkumpul sama. Menariknya, Mamat mencetuskan idea untuk membuat wayang pacak yang boleh ditonton secara percuma pengunjung yang hadir.
Usaha Mamat menganjur aktiviti kesenian di kawasan tersebut bersama masyarakat mewujudkan suasana meriah di Tanjung Malim yang tidak lagi sepi tanpa hiburan khususnya pada masa hujung minggu untuk orang ramai bersantai.

Mamat Khalid (duduk, kanan) bersama penggiat seni dan pengunjung yang hadir. (Gambar: Mamat Khalid - Facebook)
Meskipun, acara ini dibuat di luar Kuala Lumpur, ia tetap menarik perhatian ramai penggiat seni dan masyarakat untuk berkumpul sama. Menariknya, Mamat mencetuskan idea untuk membuat wayang pacak yang boleh ditonton secara percuma pengunjung yang hadir.
Pengunjung berpeluang menyaksikan wayang pacak filem Kembara Seniman Jalanan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini. (Gambar: Mamat Khalid - Facebook)