Maharaja Lawak Mega 2019
“24 Tahun Guna Contact Lens Beri Kesan Pada Kornea Mata” - Lisa Surihani Selamat Jalani Rawatan Lasik
Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Lisa Surihani selamat menjalani rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan baru-baru ini.
Lisa berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.
“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
“Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!
“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” kongsinya.
Terdahulu, Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.
Selain Lisa, MLM 2019 turut menampilkan Najip Ali, Inul Daratista dan Datuk Jamal Abdillah sebagai juri dan pengkritik tetap.
Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Must-Watch Video