Apabila WhatsApp mengeluarkan fungsi memadam perbualan, semua gembira. Boleh dikatakan ia fungsi yang paling ditunggu-tunggu.

Namun, tahukah anda terdapat satu lagi fungsi baru bakal diperkenalkan tidak lama lagi?

Tidak pasti sama ada ramai yang akan menyukai fungsi ini, namun menurut Metro Uk, WhatsApp tidak lama lagi akan mengeluarkan fungsi yang mampu menghalang ahli lain daripada menghantar mesej.

Dalam erti kata lain, anda kini mampu mute atau stop rakan-rakan anda daripada bersuara dalam group WhatsApp berkenaan.

Walau bagaimanapun! Ia hanya tertakluk kepada Admin saja. Jika fungsi ini digunakan, kesemua ahli akan menerima ‘Only admins can send messages.’ Paling ketara, bahagian untuk anda reply juga akan hilang.

Senyapkan rakan lain dengan langkah mudah!
Terdapat beberapa situasi yang mana fungsi ini agak berguna. Antaranya ketika anda mahu menghantar mesej penting dan pada masa sama tidak mahu rakan lain mengganggu perbincangan terbabit.

Situasi lain, jika anda tidak mahu diganggu dengan pelbagai yang mesej masuk pada awal pagi. Maka, anda bolehlah stop rakan-rakan daripada menghantar mesej terlalu banyak di dalam group.

Pada yang tidak sabar untuk cuba fungsi ini, ia hanya boleh digunakan pada WhatsApp version 2.18.201 untuk Android atau 2.18.70 bagi iOS.