Jika anda mengggunakan dash kamera untuk merakam video berlaku di hadapan dan belakang kereta anda, lain pula digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor.

Kali ini mereka menggunakan peranti lebih canggih iaitu Go-Pro!

Difahamkan, penggunaan Go Pro itu bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya sempena operasi perayaan Tahun Baru Cina bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini.

Jaga pemanduan anda sepanjang cuti ini.
Pengarah JPJ Johor Razali Wagiman menerusi Harian Metro memberitahu rakaman video akan digunakan untuk mengesan pemilik kenderaan untuk soalan siasat.

“Kami akan memanggil pemilik kenderaan dan tindakan akan diambil,” katanya.

Jelasnya, Operasi kali ini membabitkan 150 anggota dan pegawai JPJ Johor termasuk di daerah dan sempadan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan model Go Pro manakah yang digunakan oleh JPJ. Diharapkan mereka menggunakan model Hero 7 kerana lebih stabil.