Pasti anda pernah terdengar mengenai perkhidmatan teksi motosikal ala Grab dan Uber sekitar tahun lalu bukan? Malangnya kewujudan mereka hanyalah sementara kerana telah diharamkan oleh kerajaan sebelum ini.
Namun, platform terbabit yang dikenali sebagai Dego Ride kembali ‘hidup’ dan telah pun beroperasi sejak dua minggu lalu, secara kecil-kecilan.
Harganya? Hanya RM3 untuk jarak 3 kilometer (km) ke bawah. Sehingga kini 30 orang penunggang motosikal yang menawarkan perkhidmatan Dego Ride di Lembah Klang.

Melihat jumlah dan radius perkhidmatan sedia ada, jelas sekali bilangan penunggang agak terhad. Jika ada sekali pun, mungkin ia tidak mampu menampung permintaan pengguna yang 'dahagakan' perkhidmatan pengangkutan yang lebih pantas bagi mengelak kesesakan lalu lintas!
Disebabkan ini adalah masa paling sesuai untuk penunggang motosikal merebut peluang menjana pendapatan lebih.
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada penunggang, ini antara yang anda perlu tahu.

- Terbuka kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
- Perkhidmatan teksi motosikal berlainan untuk Lelaki dan Wanita.
- Terbuka kepada semua jenis motosikal dan tiada had minima atau maksima pada CC.
- Motosikal tidak boleh melebihi umur maksima 6 tahun.
- Lesen memandu motosikal yang sah / Geran motosikal yang sah / Perlindungan insurans yang sah.
- Sediakan topi keledar bersih yang bersih untuk pelanggan / Pelanggan boleh membawa helmet sendiri.
- Pengendali/penunggang motosikal harus memakai kemeja penuh, seluar slack atau seluar jeans panjang, kasut tertutup dan jaket keselamatan atau rompi berwarna terang (kuning jika boleh)