Nampaknya Instagram (Milik Facebook) betul-betul mahu menakluk empayar media sosial sedia ada dengan mengeluarkan aplikasi mereka sendiri.

Tidak cukup dengan ‘mengambil’ fungsi stories daripada Snapchat, kini muncul pula aplikasi video dikenali sebagai IGTV.

Jika Instagram (IG) Stories terhad pada 15 saat saja, IGTV kini membolehkan pengguna melayan video panjang sehingga hampir 1 jam.

DURASI UNLIMITED TIDAK MUSTAHIL

Anda boleh download sekarang juga!
Apa yang pasti IGTV mungkin menjadi pencabar terbaru bagi YouTube (milik Google).

Seperti mana fungsi IG Stories yang dipanjangkan kepada 15 saat, tidak mustahil satu hari nanti IGTV akan menjadi seperti YouTube. Malah pihak IG sendiri mendedahkan perancangan berkenaan pada masa hadapan.

Apa yang anda perlu lakukan, muat turun menerusi platform iOS atau Android dan kemudian log masuk menggunakan akaun IG sedia ada.

Selain mengikuti IG Stories daripada akaun yang anda follow, banyak lagi video popular dengan paparan menegak disediakan.