NEWS
Plug-In: Serlahkan Gaya 'Influencer' Anda Dengan Fungsi GIF Instagram Ini
Peralihan platform media sosial seperti Instagram dari masa ke semasa nampaknya menyaksikan perkembangan yang agak besar.
Daripada hanya sekadar perkongsian gambar dan video, Instagram kini popular dengan fungsi paparan ‘stories’.
Malah, ia kini menjadi 'ketagihan' pengguna di seluruh dunia. Setiap detik, ada saja gambar bersama status yang dimuat naik sebelum ia secara automatiknya terpadam selepas 24 jam.
MENYOKONG RIBUAN GIPHY GIF

Instagram yang dimiliki oleh Facebook pada awalnya berhajat untuk membeli Snapchat pada harga AS$3 bilion tetapi ditolak oleh pengasasnya.
Selepas itu Facebook melancarkan perang besar-besaran dengan memperhebatkan fungsi ‘Instagram Stories’.
Terbaru, Instagram memperkenalkan fungsi penampalan GIF yang turut boleh didapati menerusi GIPHY.
ibuan GIF yang disediakan GIPHY pastinya menjadikan video atau gambar anda lebih menarik, seperti mana anda lakukan di Facebook atau WhatsApp.
Untuk memasukkan animasi GIF, hanya perlu masuk ke ruang ‘Stories’, pilih ‘add sticker’ pada bahagian atas.
Anda kemudian boleh klik dan pilih GIF akan disediakan oleh Instagram. Seperti biasa leretkan GIF terbabit kepada gambar atau video anda.
Jika tidak berpuas hati dengan senarai GIF yang disediakan, anda juga boleh memilih GIF yang 'trending' di GIPHY.
PAPARAN SAIZ LEBIH FLEKSIBEL

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi tersekat dengan ukuran 'potrait' pada fungsi berkenaan.
Untuk anda yang masih belum menerima fungsi berkenaan, anda tidak perlu bimbang sebaliknya perlu menunggu kemas kini Instagram versi 29 untuk iOS dan Android.
Must-Watch Video