Skip to main content

Market Trends

5 Perkara Penting Anda Patut Tahu Jika Mahu Tonton Upacara Penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

stadiumbukitjalil.jpg
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan memadamkan obornya pada malam ini. Bagi orang ramai yang berhasrat menyaksikan upacara penutupnya yang dijangka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) memberi peringatan pada orang ramai agra mengikuti beberapa perkara tersebut.

1. PENGANGKUTAN AWAM
  • Orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium.
  • Stesen rel terdekat adalah LRT STAR Bukit Jalil. Pengguna dari laluan lain boleh bertukar di LRT STAR Masjid Jamek untuk ke stesen tersebut.
  • Pengguna LRT juga digalakkan untuk menggunakan kad Touch N Go atau membeli tiket pergi dan balik bagi mengelakkan kesesakan selepas upacara tamat.
  • Waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 2 pagi pada 31 Ogos 2017.
  • Waktu operasi bagi KTM Komuter turut dipanjangkan dengan beberapa tren tambahan.
  • RapidKL akan menyediakan bas khas dengan kekerapan 10-15 minit untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ramai selebriti akan mengadakan persembahan pada acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada malam ini.

2. PENGURUSAN TRAFIK
  • Semua laluan sekitar kawasan Kuala Lumpur Sports City di Bukit Jalil (KLSC) akan ditutup sepenuhnya untuk orang awam.
  • Zon menurunkan penumpang hanyalah di kawasan Arena Green Apartment dan kawasan berdekatan stesen LRT Sri Petaling serta di pintu masuk Kompleks Majlis Sukan Negara berdekatan dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

3. TEMPAT LETAK KERETA/MOTOSIKAL
  • Tiada tempat letak kenderaan untuk orang awam di kawasan stadium.
  • Bagi yang memandu sendiri, tempat letak kenderaan orang awam disediakan di kawasan Kelab Lumba Kuda Selangor yang dibuka dari jam 3 petang. Bayaran kemasukan adalah RM5 bagi setiap kereta dan RM1 bagi setiap motosikal.
  • Perkhidmatan shuttle percuma selang 10 minit disediakan untuk pergerakan dari tempat letak kenderaan di Kelab Lumba Kuda Selangor ke stadium dan sebaliknya. Jarak antara tempat letak kenderaan tersebut ke stadium adalah dianggarkan sejauh 2 kilometer.
  • Bagi yang mengambil perkhidmatan rel, anda boleh meletak kenderaan di tempat letak kenderaan stesen rel berkenaan. Untuk makluman, sebanyak lebih kurang 18,000 tempat letak kenderaan tersedia di rangkaian perkhidmatan rel di sepanjang laluan ke Bukit Jalil.
Pihak stadium akan melakukan pemeriksaan keselamatan yang ketat di pintu masuk.

4. MASA PEMBUKAAN PINTU MASUK DAN KARNIVAL DI SNBJ
  • Orang ramai digalakkan datang awal untuk melancarkan pergerakan di sekitar stadium.
  • Pintu stadium akan dibuka seawal pukul 3 petang. Manakala, program pra acara pula akan bermula pada pukul 8 malam sebelum upacara penutup berlangsung pada pukul 9.30 malam.
  • Perbadanan Stadium Malaysia juga akan mengadakan Karnival Sukan SEA ke-29 yang bermula pada pukul 10 pagi di Plaza Kuala Lumpur Sports City. 

5. KEMASUKAN KE STADIUM
  • Hanya penonton yang mempunyai tiket yang sah, kad jemputan dan pas akredatasi dengan pelekat khas sahaja yang akan dibenarkan masuk ke stadium.
  • Jika anda membuat pembelian tiket dalam talian, sila kemukakan tiket anda yang telah siap dicetak ketika di pintu masuk stadium atau pamerkan e-tiket di telefon bimbit. Sila pastikan kod QR di tiket dapat dibaca dengan jelas. Orang ramai juga dinasihatkan untuk turut membawa bukti pembayaran bagi memudahkan proses jika kod QR tidak dapat dibaca.
  • Kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas perlu mendapatkan tiket/kad jemputan/pelekat khas sendiri dan tidak boleh berkongsi satu tempat duduk dengan orang lain.
  • Pihak stadium akan melakukan pemeriksaan keselamatan yang ketat di pintu masuk. Justeru itu, penonton digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Sila pastikan anda tidak membawa sebarang barangan terlarang untuk mengelakkan sebarang kelewatan sewaktu pemeriksaan keselamatan di pintu stadium. 
  • Orang ramai juga digalakkan untuk tidak membawa beg yang besar untuk mempercepatkan proses pemeriksaan keselamatan.
  • Sila ambil perhatian bahawa pihak Perbadanan Stadium Malaysia tidak menyediakan sebarang stor simpanan untuk barang-barang yang ingin ditinggalkan di luar stadium.

Must Watch Video