Pada Oktober lalu, Google Pixel generasi kedua telah pun dilancarkan oleh Google Inc. Mempunyai dua variasi iaitu Google Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL, peranti ini menjadi antara telefon pintar paling hangat diperkatakan pada penghujung 2017.
Selain mempunyai spesifikasi yang tinggi, kekuatan utama Google Pixel 2 terletak pada kualiti kameranya.
Menurut laman sesawang Dxomark yang menjalankan ujian fotografi, Google Pixel 2 kini berada di kedudukan pertama dengan skor tertinggi 98. Apple iPhone X dan Huawei Mate 10 pro yang berkongsi kedudukan kedua, kurang satu mata dengan skor sebanyak 97. Hebat bukan telefon pintar keluaran Google ini?
TEKNOLOGI AR TAHAP REALISTIK
Bagaimanapun, keterujaan orang ramai mengenai peranti ini tidak terhenti di situ kerana Google telah pun melancarkan satu lagi fungsi yang agak ‘cool’ iaitu Augmented Reality (AR) edisi Stranger Things dan Star Wars.
Mungkin pada awalnya ia dilihat sebagai teknik pemasaran untuk menarik peminat fanatik siri TV dan filem ini. Namun, apabila video memaparkan fungsi terbabit telah pun tersebar, orang ramai kelihatan ‘naik gila’ dengan tahap realistik AR berkenaan.
Bagi Stranger Things, AR yang digunakan berbentuk kartun termasuk watak Demogorgon.
Untuk Star Wars pula AR ini menampilan watak ikonik mereka termasuk stormtroopers, R2-D2, BB-8, dan penampilan terbaru karakter porgs.
Menerusi video yang dipaparkan oleh beberapa pengguna yang sudah menikmati fungsi terbabit, hasilnya boleh dikatakan agak realistik sehingga ada pengguna mendakwa mereka tidak menyangka ia adalah AR.
Malah, anda boleh berkomunikasi dengan watak terbabit. Anda boleh lihat video tersebut di sini.
EKSKLUSIF HANYA UNTUK GOOGLE PIXEL 2/XL
Sebenarnya, AR ini dilancarkan bersama kemas kini Android Oreo 8.1 bersama beberapa penambahbaikan lain bagi peranti Google Pixel 2/XL.
Setakat ini, fungsi AR berkenaan hanya eksklusif kepada peranti berkenaan sahaja dan mungkin akan dibawa masuk kepada peranti yang lain dalam tempoh akan datang.
Untuk pengguna Malaysia yang memiliki telefon pintar ini boleh la cuba menyemak sama ada anda telah pun menerima kemas kini berkenaan ataupun tidak.

These #StarWars #AR stickers by #google are an example of how #AugmentedReality as it develops will allow fans & #users to engage with their favorite titles. the AR #tech creates a #UX that's enthralling, rather than just existing in #digispace. #Loveithttps://t.co/U1gXrWIBKQ pic.twitter.com/qrUGkXby5X
— you+AR (@youAR_) December 13, 2017
Bagaimanapun, keterujaan orang ramai mengenai peranti ini tidak terhenti di situ kerana Google telah pun melancarkan satu lagi fungsi yang agak ‘cool’ iaitu Augmented Reality (AR) edisi Stranger Things dan Star Wars.
Mungkin pada awalnya ia dilihat sebagai teknik pemasaran untuk menarik peminat fanatik siri TV dan filem ini. Namun, apabila video memaparkan fungsi terbabit telah pun tersebar, orang ramai kelihatan ‘naik gila’ dengan tahap realistik AR berkenaan.
Bagi Stranger Things, AR yang digunakan berbentuk kartun termasuk watak Demogorgon.
Untuk Star Wars pula AR ini menampilan watak ikonik mereka termasuk stormtroopers, R2-D2, BB-8, dan penampilan terbaru karakter porgs.
Menerusi video yang dipaparkan oleh beberapa pengguna yang sudah menikmati fungsi terbabit, hasilnya boleh dikatakan agak realistik sehingga ada pengguna mendakwa mereka tidak menyangka ia adalah AR.
Malah, anda boleh berkomunikasi dengan watak terbabit. Anda boleh lihat video tersebut di sini.
Stormtroopers taking a piss might be the best use of Google's AR Stickers yet.https://t.co/wKa9bSLjCD pic.twitter.com/yxtLii5GlC
— Artem Russakovskii (@ArtemR) December 15, 2017