Melancong mampu buatkan diri sendiri lebih tenang sambil melupakan seketika segala masalah yang berlaku. Ada bermacam cara untuk tunaikan hajat pergi melancong atau bercuti dan salah satu cara paling unik adalah menaiki caravan!
Memang betul. Caravan bukan lagi cara percutian 'mat salleh' di luar negara tetapi kita juga boleh menikmati percutian santai dan penuh gaya sebegini.
Buat pertama kalinya, kumpulan pemilik caravan yang dikenali sebagai Overlanders 3F (O3F) melancarkan Malaysia 1st Campervans & Campers Gathering 2017 (MCCG 2017) yang akan diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor pada 6 sehingga 8 Oktober depan.

GAYA HIDUP BARU
Presiden O3F merangkap Pengarah Program MCCG, Mohd Saiful Zahari berkata, program yang diadakan ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti perkhemahan berkenderaan sebagai satu gaya hidup baru yang belum meluas di negara ini.
Tambahnya, fokus utama perhimpunan ini adalah antaranya menghimpunkan penggiat aktiviti riadah perkhemahan berkenderaan di seluruh negara sekaligus mempromosikan Pantai Bagan Lalang sebagai salah satu destinasi pelancongan di Selangor khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.

Katanya, antara pengisian lain yang akan dilaksanakan adalah seperti pameran kenderaan, perkongsian maklumat dari pembekal peralatan perkhemahan dan juga acara sukaneka selain pihaknya turut berusaha untuk mengundang orang asli dari kampung Orang Asli berhampiran untuk membuat pertunjukan budaya iaitu 'Tarian Sewang'.
"Acara yang dijangka bakal menarik perhatian ramai itu turut diserikan dengan acara perkongsian maklumat dan pengalaman dari 'experienced overlanders' seperti Stephen Pang yang mengembara menaiki VW Combi dari Malaysia ke Eropah selain aktiviti lain seperti Xplo Camper, MHZ Ecoventure, pemain-pemain industri dan beberapa individu lain.
"Kami juga melahirkan rasa gembira apabila acara ini turut mendapat sokongan pihak Tourism Malaysia yang turut bersetuju untuk memberi pengiktirafan sebagai salah satu program pertama yang seumpanya dianjurkan membabitkan campervans dan campers," katanya kepada Rojak Daily Skop! ketika ditemui di sini kelmarin.

GIAT JALAN PROMOSI
Mohd Saiful berkata, pihaknya turut melahirkan rasa bangga apabila Malaysian Caravan turut hadir selaku penasihat dan rakan strategik program ini turut memberikan kerjasama serta panduan yang baik demi memastikan program ini berjalan dengan lancar sepenuhnya yang kini giat mengadakan promosi.
Ujarnya, baru-baru ini Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Puasa Md Taib turut menyempurnakan majlis pelancaran Malaysia 1st Campervans & Campers Gathering 2017 (MCCG 2017) di Pantai Bagan Lalang, Sepang selain turut meluangkan masa melihat jenis-jenis khemah dan kenderaan “overland” yang dipamerkan.
"Beliau turut menzahirkan perasaan gembiranya di atas segala usaha dan aktiviti yang bakal berlangsung serta turut berjanji akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan terutama dari aspek persiapan tempat dan logistik," katanya.