Hidup semakin mudah sejak ada perkhidmatan teksi e-hailing seperti Uber bukan? Taip sahaja pada aplikasi di telefon bimbit, tidak lama selepas itu datang sebuah kereta untuk membawa anda ke destinasi yang mahu ditujui.

Sejak ada Uber, tidak lagi perlu berebut-rebut mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas dengan orang lain. Terpaksa menunggu di hentian teksi dan sebagainya. Tunggu sahaja di lokasi, Uber sedia berkhidmat.

Paling menarik, tempoh ketibaan kenderaan Uber boleh dipantau melalui telefon bimbit. Tidak lagi perlu tertunggu-tunggu. Boleh merancang untuk ke bilik air dan sebagainya sementara Uber tiba.

Sudah kira-kira tiga tahun Uber bertapak di Malaysia dan sehingga hari ini permintaan terhadap Uber semakin meningkat.


UBER HANTAR MAKANAN

Bagaimanapun, jangan terperanjat apabila bermula semalam (21 September) anda melihat Uber tidak lagi sekadar mengambil dan menghantar penumpang, sebaliknya menghantar makanan dan minuman kepada orang ramai.

Ia berikutan bermula dari tarikh tersebut, satu aplikasi berasingan Uber dikenali sebagai UberEATS beroperasi di negara ini. UberEATS merupakan satu perkhidmatan penghantaran makanan kepada orang ramai.

UberEATS menggunakan teknologi sedia ada Uber untuk menghantar makanan kepada orang ramai berdasarkan pesanan. Orang ramai boleh menggunakan akaun Uber yang sama untuk membuat pesanan itu.

Makanan akan dihantar ke lokasi anda sama ada di rumah, pejabat, mahupun di kawasan awam sama seperti cara Uber beroperasi mengambil dan menghantar penumpang.


YURAN PENGHANTARAN MAHAL KE?

Jangan bimbang kerana yuran penghantaran untuk UberEATS cuma RM5. Ia lebih berbaloi jika anda memesan makanan pada kuantiti yang banyak. Bagaimanapun, jauh lebih penting anda tidak lagi perlu menempuh kesesakan lalu lintas, berebut tempat letak kereta atau beratur untuk membeli makanan.

Bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit dan debit dengan masa penghantaran permulaan selama 35 minit. Tiada pesanan minimum dan UberEATS bekerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantaran adalah berdasarkan tetapan halal.

Terdapat lebih 200 restoran tersedia dalam aplikasi UberEATS yang menawarkan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia. Antara restoran yang aktif dalam platform itu termasuk Nasi Lemak Antarabangsa, Inside Scoop, Restoran Sitka dan Mikey’s Original New York Pizza.

“Dengan UberEATS, rakyat Malaysia boleh menekan satu butang dan menikmati hidangan kegemaran mereka dengan selesa dan mudah. Kami mahu membolehkan anda makan apa yang anda ingini, apabila anda inginkannya.

"Sama ada anda di taman, bersiar di kota atau mengatur hidangan makan malam dari pejabat – carilah apa yang anda ingini, tekan butang dan kami akan uruskan yang selebihnya," kata Pengurus Besar UberEATS (Malaysia dan Singapura), Shri Chakravarthy Gopalakrishnan.

Perkhidmatan UberEATS memberikan keselesaan pada pelanggan memesan makanan kegemaran dengan cara mudah.

27 NEGARA SUDAH ADA

Menurut Shri Chakravarthy, perkhidmatan UberEATS sebenarnya sudah bertapak di 27 negara dan lebih 100 bandaraya di dunia.

Kesimpulannya, perkhidmatan UberEATS bukan saja memudahkan orang ramai mendapatkan makanan kegemaran mereka tetapi turut menyumbang secara positif terhadap ekonomi negara dengan menyediakan peluang kepada restoran menambah pendapatan dan meluaskan pasaran.


CARA MUAT TURUN APLIKASI

Untuk mencuba pengalaman UberEATS anda boleh memuat turun aplikasi UberEATS or layari ubereats.com.

Cara buat pesanan:

1. Pertama, muat turun UberEATS dari Google Play atau App Store atau layari ubereats.com
2. Beritahu lokasi penghantaran - isikan alamat rumah, pejabat atau lokasi lain mengikut kemahuan.
3. Layari restoran setempat - cari restoran kegemaran atau cuba sesuatu yang baru.
4. Daftar keluar dengan satu tap – bayar dengan kad anda yang telah direkod dan nikmati penghantaran percuma dalam tempoh pengenalan ini.
5. Jejaki pesanan anda - pantau pesanan apabila ia sedang disediakan, diambil dan dihantar terus kepada anda.

Muat turun aplikasi UberEATS dan masukkan kod promosi KLTASTY untuk menikmati penghantaran percuma untuk tiga pesanan pertama! (Sah sehingga 21 Oktober 2017).