Skip to main content

Market Trends

"Hari Ini Dan Selamanya, Kedah Dan Malaysia Kehilangan Raja Yang Hebat. - Cucunda Raja Sarina Iskandar

sultankedah2.jpg
Rakyat Kedah hari ini berduka selepas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah jam 2.30 petang tadi. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang berita khas di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah hari ini menyatakan jenazah Almarhum Baginda berusia 89 tahun akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit untuk memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir dari 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari esok.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah menyatakan penghormatan untuk orang kenamaan pula bermula dari 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang. Jenazah Almarhum Baginda kemudian akan dibawa melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar sebelum ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada 4 petang.

Tambahnya, sepanjang tiga hari bermula hari ini, bendera Kedah, bendera Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang manakala tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari.

"Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, cuti kelepasan am untuk seluruh negeri Kedah esok tetapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan seperti biasa.

Almarhum Sultan Abdul Halim turut melakar sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 September 1970 hingga 12 September 1975 dan 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.
 
 

Dearest Tok, Today and forever, Kedah and Malaysia have lost one of their greatest kings. Your dedication to Kedah and Malaysia has inspired me growing up. When you were Agong for the second time at the age of 83, I moved in with you at Istana Negara. It was then that I saw for the first time the behind the scenes of your life. __ I saw you skip your meals to practise your speeches or to be in the office. Which 80-something man would do that? Most of us dream of retiring at 50 if we can! But you never could even if you wanted to. And there were times, more often than people knew, when you were ill but still continued with your Agong and Sultan duties. __ In between functions you would be in the hospital ward. When you would leave the ward, I would watch you on TV looking normal as you greet the the PM, govt ministers and the rakyat. But as soon as the event was over, you would return to the hospital ward with tubes connected to your body. Even on your sickest day, you would be ON TIME. You would never make anyone wait. __ This is the side of a king no one knows. You don't simply sit on a throne and enjoy your riches despite what many ignorantly think. There are sacrifices because you can't have a normal life. There is no privacy and no normal schedule. Your status is an amanah from Allah. __ People are unforgiving when leaders make mistakes and my Tok always made sure he did the very best. When I told him this blog or that person insulted him, he was never angry. He was calm and would simply say: "I did my best." __ You did the very best and more your WHOLE life Tok. The reason I know how to be a good princess is because you taught me how. I love you so much Tok; you're forever my Sultan. Al-Fatihah.

A post shared by Raja Sarina ?? (@sarinaiskandar) on


KOMITED PADA TUGAS

Di sebalik menjadi ketua negara pada rakyat jelata, Almarhum Baginda juga sebenarnya begitu komited dan dedikasi terhadap tanggungjawabnya ketika menjadi Agong dan Sultan. Sifat peribadi Almarhum Baginda itu dizahirkan cucundanya, Raja Sarina Iskandar yang berkongsi cerita menerusi media sosial, Instagram. 

"Hari ini dan selamanya, Kedah dan Malaysia kehilangan Raja yang hebat. Dedikasi anda (Tuanku) kepada Kedah dan Malaysia memberi inspirasi pada saya ketika membesar. Ketika Tuanku menjadi Agong buat kali kedua pada usia 83 tahun, saya berpindah bersama Tuanku di Istana Negara dan buat pertama kali saya melihat sesuatu di sebalik kehidupan Tuanku.

"Saya melihat Tuanku tidak menjamah makanan kerana mahu berlatih ucapan atau berada dalam pejabat. Pada usia 80, apakah segelintir lelaki melakukan perkara sedemikian? Kebanyakkan daripada kita berharap untuk bersara pada usia 50 tahun tetapi Tuanku sebaliknya.

"Ada ketikanya, tidak ramai yang tahu ketika Tuanku masih tidak sihat tetapi masih mahu meneruskan tugas sebagai Agong dan Sultan," katanya yang menarik perhatian rakyat.


KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Sultanah Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah, anakanda-anakanda serta kerabat-kerabat Baginda di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

"Saya juga meminta supaya semua pihak mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di seluruh negara selama dua (2) hari berturut-turut bermula pada hari pengebumian iaitu pada hari Selasa, 12 September 2017 bersamaan 21 Zulhijjah 1438 Hijrah," katanya menerusi laman blognya, Najibrazak.com.




 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video