SKOP
Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat
Aplikasi media sosial WeChat boleh dikatakan antara aplikasi terawal menjengah pasaran dunia. Ketika zaman kejatuhan BlackBerry Messenger (BBM) serta kebangkitan WhatsApp, WeChat juga antara yang menyerlah ketika itu.
Sejak dilancarkan pada tahun 2011, jumlah pengguna aktif bulanan mencecah sehingga 980 juta di seluruh dunia. Jumlah terbabit meletakkan WeChat di kedudukan ketiga tertinggi selepas Facebook dengan rekod 2 bilion dan WhatsApp sebanyak 1.2 bilion.
Namun, di sebalik populariti WeChat, mungkin tidak ramai yang begitu mengenali WeChat.
Rojak Daily Skop! senaraikan lima fakta menarik mengenai WeChat:
1. GUNA EMPAT JAM SEHARI

Malah, anggaran terhadap penggunaan media sosial itu mendapati pengguna mereka dari seluruh dunia menghabiskan masa selama 30 minit sehingga empat jam sehari.
2. MALAYSIA CECAH 9.6 JUTA
Biarpun WeChat lebih dikenali di China tetapi pengguna di luar negara sudah mencecah 70 juta. Antara sasaran aplikasi ini adalah di utara Amerika Syarikat dan peratusan pengguna mereka adalah berumur 15 sehingga 29 tahun.
Di Malaysia pengguna WeChat adalah sebanyak 9.6 juta. Kebanyakan pengguna di negara ini lebih menggunakan perkhidmatan mesej berbanding membuat bayaran secara 'cashless'.
3. PENGGUNA WECHAT 'GILA GAJET'
Pengguna WeChat boleh dikatakan terdiri daripada individu yang gilakan teknologi. Berdasarkan laporan pada tahun lalu, subjek carian yang dibuat oleh pengguna mereka menjurus kepada jenama teknologi terkini seperti Apple, Huawei, Tencent dan Alibaba.
Jika anda pengguna WeChat anda mungkin sebahagian daripada mereka.
4. 'WECHAT PAY' DIBAWA MASUK KE MALAYSIA

Sehingga tahun lalu, WeChat mempunyai 200 juta pengguna yang mendaftarkan kad kredit mereka untuk khidmat pembayaran cara ini.
Selain membuat bayaran secara atas talian, membayar secara fizikal di kedai runcit di China juga menerima perkhidmatan WeChat.
Buat pengetahuan pengguna 'cashless' di negara ini, 'WeChat Pay' telah pun dibawa masuk ke Malaysia dan antara bank yang telah pun menerima kelulusan Bank Negara Malaysia adalah Hong Leong Bank Bhd.
5. GELARAN BUDAK WECHAT SAMPAI KE CHINA
Selasa lalu, syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan WeChat.
Menariknya, wakil WeChat dari China iaitu Lionel Sim tahu berhubung istilah ‘Budak WeChat’ yang popular dalam kalangan remaja di negara ini. Nampaknya populariti budak WeChat sudah menjangkau sempadan.
Untuk makluman, istilah 'Budak WeChat; diberi kepada pengguna remaja yang mengunakan bahasa secara tunggang langgang. Baik Bahasa Malaysia mahupun Inggeris, golongan ini pasti tersasar daripada menggunakan ejaan dengan betul.
U MOBILE X WECHAT

SIM prabayar tersebut bakal memberi data tanpa had kepada pelancong dari China untuk menikmati mesej melalui aplikasi WeChat serta langganan Lingcod TV percuma.
Pelancaran kad SIM U Mobile WeChat Go juga dikatakan tiba tepat pada masanya selepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyasarkan seramai lapan juta pelancong China ke negara ini menjelang tahun 2020.
Pelancong dari China boleh membeli kad SIM ini yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 pada harga RM38 sebulan.
Must-Watch Video