Are you ready, kids? Aye, aye, captain! I can't hear you!, Aye, aye, captain!
Masih ingatkah laungan epik ini?
Jika ya, anda mungkin sudah memasuki generasi seterusnya kerana siri kartun Spongebob Squarepants ini sudah pun berusia 19 tahun!
TAYANGAN PERTAMA PADA 1999

Semalam, Spongebob, Patrick, Squidward dan beberapa lagi watak utamanya telah menyambut hari jadi mereka yang ke-19. Penampilan sulung mereka di televisyen adalah pada 1 Mei 1999.
Sejak daripada itu, Spongebob Squarepants telah menjadi antara kartun paling ikonik di seluruh dunia.
Siapa boleh lupa suara 'annoying' Spongebob yang ditayangkan dalam bahasa Malaysia setiap petang.
Sehingga kini sebanyak 11 season membabitkan 230 episod telah ditayangkan. Selain itu Spongebob Squarepants juga menjadi siri kartun yang mendapat rating tayangan paling tinggi di Nickelodeon.
Malah pada penghujung 2017, Spongebob Squarepants telah berjaya menghasilkan keuntungan sebanyak AS$13 bilion (RM51 bilion).
KISAH BIKINI BOTTOM MENCERIAKAN ZAMAN KANAK-KANAK
Selain Spongebob, watak lain yang turut popular adalah Patrick Star, Squidward, Sandy Cheeks, dan Mr. Krabs.
Kesemua watak ini saling membantu perjalanan siri kartun yang berlaku di dunia dasar laut dikenali sebagai Bikini Bottom.
Jika anda tertanya-tanya mengenai siri pertama Spongebob Squarepants, kami sediakan juga video pertama mereka.
Mengimbau kenangan bukan? Apapun selamat hari jadi ke-19 Spongebob Squarepants. Terima kasih kerana menceriakan zaman kanak-kanak kami!