Skop

Moreh Nasi Dalam Talam Erat Silaturahim Jemaah Setiap 27 Ramadan

Eiylla Syaharith
22/06/2017
03:55 MYT
Pada zaman sekarang mungkin tidak ramai yang tahu tradisi makan nasi dalam talam yang lazimnya diamalkan di sesetengah masjid di negara ini.
Amalan ini makin dilupakan tetapi bagi Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang, mereka tetap meneruskan tradisi secara tahunan yang diadakan pada setiap malam 27 Ramadan dengan mengadakan 'moreh' atau makan beramai-ramai dalam talam.
Pada malam tadi, suasananya cukup meriah dan unik apabila lebih 500 hidangan disediakan untuk disajikan kepada kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat terawih dan ada paling istimewa diadakan secara gotong royong bersama jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid.Jemaah mengambil kesempatan berbuka puasa bersama dengan juadah nasi dalam talam di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
SEJARAH NASI DALAM TALAM
Menyingkap sejarah makan nasi dalam talam sebenarnya memiliki keistimewaan yang tersendiri dan aktiviti ini diadakan sebagai satu simbolik permuafakatan sesama umat Islam.
Pengerusi Kariahnya, Datuk Meera Mydin Mastan berkata, suasana masjid ini sering meriah dengan aktiviti seperti berbuka dengan nasi dalam talam sejak masjid ini dibuka pada tahun 1801 dan ia terus dikunjungi ramai jemaah.Nasi minyak, ayam masak merah dan dalca antara menu nasi dalam talam yang disediakan kepada jemaah.
Menurutnya, tradisi makan dalam talam yang diadakan pada setiap malam 27 Ramadan adalah memohon keberkatan daripada Allah SWT. Aktiviti ini bukan perkara asing pada kariah masjid ini kerana setiap malam masjid ini meriah apabila diadakan solat terawih, witir dan tahlil secara berjemaah.
"Selepas selesai kesemua jemaah akan dihidangkan 'moreh' berupa nasi minyak dengan ayam masak merah, dalca, kari daging dan acar limau kemudian dimakan dalam talam.
"Selain mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW pastinya keberkatan 10 malam Lailatul Qadar, seluruh jemaah akan menikmati juadah secara berkumpulan antara tiga atau empat orang bagi setiap talam dan makan beramai-ramai tanpa membezakan latar belakang diri.
"Berkongsi rezeki adalah satu amalan mulia dan setiap umat Islam pastinya ingin memohon keberkatan dari Allah di bulan Ramadan yang mulia ini dan ia jelas cukup meriah sekali," katanya.Aktiviti makan dalam talam dapat mengeratkan silaturahim sesama jemaah.
KELEBIHAN MAKAN DALAM TALAM
Meera Mydin berkata, tiada mana-mana masjid yang lain mengadakan majlis seumpama ini dan penghargaan ini diberikan kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid serta di bantu Liga Muslim Pulau Pinang kerana berjaya menghimpunkan lebih 2,000 jemaah.
Kelebihan makanan yang dihidangkan di dalam talam yang dikongsi makan bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jemaah yang lain biarpun tidak kenal antara satu sama lain.
"Kita inginkan segala rezeki yang diperolehi dikongsi bersama-sama dalam satu talam dan Insha Allah program ini akan diadakan pada setiap tahun," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!

gempak
11/05/2024
11:36 MYT
Sedar akan tanggungjawab menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, restoran halal masyarakat tradisi Cina, Chopsticks Asia melancarkan Chopsticks Prihatin.
Gaya Hidup

"Kami Sepakat Kekalkan Warisan Keluarga" - Dua Beradik Mahu Teruskan Tradisi Ketupat Bawang

gempak
04/06/2020
10:45 MYT
Education | Pendidikan

#GempakSpot: Tahukah Anda Setiap Bahagian Rekaan Baju Melayu Punya Maksud Tersendiri?

gempak
09/05/2019
09:50 MYT